Lemah selepas dikurniakan nikmat?
Alhamdulillah, result finals first year dah keluar. Alhamdulillah.. tidak disangkakan kurniaan ALLAH. Alhamdulillah. Keputusan yang dapat amat jauh dari sangkaan. Lebih baik. Jauh lebih baik. Alhamdulillah. Betapa DIA punya nikmat yang banyak. Betapa DIA punya kurniaan yang banyak buat hamba-hambaNya. Semoga kurniaan ini bukan ujian keimanan semata sebaliknya tarbiah yang akan memupuk kasih sayang dan meningkatkan tawakal kami hamba-hambaMu yang tidak punya apa melainkan apa yang Engkau putuskan buat kami Ya Tuhan. Syukran Ya Rahman. Syukran Ya Rahim. Dan benar kurniaMu amat banyak . Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih Maha Penyayang. Sungguh Kami telah memberimu nikmat yang banyak . Maka laksanakanlah solat kerana Tuhanmu , dan berkorbanlah (sebagai ibadah dan mendekatkan diri kepada ALLAH). Sungguh orang-orang yang membencimu dialah yang terputus dari rahmat ALLAH. ...