Sentuhan-sentuhan Tuhanku

MUSIM SYAHADAH

Sekarang ni musim SH di tanah UK. Aku rasa di kebanyakan tempat pun, di mana sahaja yang putik-putik tarbiyah sedang tumbuh. Semakin aku meniti jalan dakwah dan tarbiyah ni, semakin aku sayu mempelajari hakikat hidayah itu milik Tuhan. Betapa kefahaman dan keimanan itu, berbeza maqamnya. Mengimani hakikat hidayah itu milik Tuhan.. subhanallah, suatu pengalaman yang benar-benar menundukkan. 
Sejarah menunjukkan walau seorang Nabi, walau seorang Rasul, kamu tidak mungkin akan mampu mengubah hati seorang manusia untuk beriman pada Tuhan dengan sebenar-benar keimanan. Tidak kiralah dia adalah Nuh a.s yang tabah ataupun Muhammad S.A.W yang al-Amin. Tiada yang dapat membuka hati seorang manusia, melainkan Tuhan Rabbul Alamin. 

Tahun berganti tahun, ALLAH mengajarkan aku makna ini. Setiap tahun, perasaannya berbeza. Pedih-sukar-risau... kini berubah menjadi kelat dan berbuah ketundukan hati. Tuhan ingin menguji kejujurankah? Tuhan ingin menguji ketabahankah? Atau Tuhan ingin mengajar tawakkalkah? 

Ana la a'lam. Aku tiada tahu. Tapi hidup hampir lima tahun tarbiyah, aku merasakan aku masih belum kuat. Tapi aku juga merasakan Allah itu menguatkan. 

Setiap berlalunya penggal, aku mengharapkan adanya penyambung rantai dakwah di tanah tarbiyahku. Tapi Subhanallah, Tuhan benar belum mengizinkan. Allahual'lam, andai ini adalah jalannya membina kesabaran dan ketabahan sebagaimana dibakar dan ditanaknya imann para sahabat... aku akur ya Tuhan. Memang jalannya amat menguji dan panjang. 


SH. Ya, itu musimnya di UK sekarang ni. Musim menyedarkan manusia dengan suatu lagi kebenaran. Penyaksian ke atas kebenaran. Penyaksian yang benar, atas kebenaran yang benar

PERMULAAN KEPADA PENYAKSIAN ...

Ia dimulakan dengan mensyukuri segala nikmat. Kesyukuran, yang seharusnya menaikkan segala keimanan kepada Tuhan. Melembutkan hati untuk percaya pada kasih dan rahmat ALLAH dalam kehidupan kita. Untuk kita merasa bertapa besarnya keuntungan seorang hamba yang mendapat nikmat hidayah. Betapa manis dan beruntungnya nikmat mendapat islam. Nikmat melafazkan "Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah melainkan ALLAH dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad SAW itu pesuruh ALLAH".  Keimanan kepada ALLAH itu tidak lain benar-benar pembuka rahmat ALLAH, bersamanya datang pengampunan, bersama datang keselamatan dari Neraka yang mengerikan. Itulah seruan Nuh pada kaumnya (71:3,4)
 أَنِ اعْبُدُوا اللَّـهَ وَاتَّقُوهُ وَأَطِيعُونِ
 "Iaitu sembahlah kamu akan Allah dan bertaqwalah kepadaNya, serta taatlah kamu kepadaku; 
 يَغْفِرْ لَكُم مِّن ذُنُوبِكُمْ وَيُؤَخِّرْكُمْ إِلَىٰ أَجَلٍ مُّسَمًّى ۚ إِنَّ أَجَلَ اللَّـهِ إِذَا جَاءَ لَا يُؤَخَّرُ ۖ لَوْ كُنتُمْ تَعْلَمُونَ
"Supaya Allah mengampunkan bagi kamu sebahagian dari dosa-dosa kamu, dan memberi kamu hidup (dengan tidak terkena azab) hingga ke suatu masa yang tertentu; (maka segeralah beribadat dan bertaqwa) kerana sesungguhnya ajal (yang telah ditetapkan) Allah, apabila sampai masanya, tidak dapat ditangguhkan; kalaulah kamu mengetahui (hakikat ini tentulah kamu segera beriman)".
Tidakkah hati kita ingin menangis? Betapa sayangnya Tuhan yang telah menciptakan kita dengan penuh kebangaanNya..Dia jugalah yang memberikah kita petunjuk kepada keselamatan. Suatu nikmat yang tiada gantian. 

Nikmat yang membuka pintu taubat dan manjadi langkah pertama kepada tawaran ALLAH untuk kita mendapat Syurga. Suatu daerah kekal di akhirat yang penuh dengan keindahan dan kesempurnaan. Kesempurnaan pada fizikalnya yang mana Tuhan ceritakan padanya ada mahligai-mahligai, sungai-sungai yang mengalir, buah-buahan dan pertama-permata. Kesempurnaan pada perasaannya. Di dalammya tiada kebenciaan. Di dalamnya tiada hasad dan dendam. Sempurna. Di dalamnya tiada hati dan kata-kata maksiat apatah lagi pandangan dan perbuatan maksiat. Itulah indahnya Syurga. Mengetahui sifatnya dan ciri-cirinya, akan melahirkan kecintaan dan obsesi yang besar pada hamba yang percaya bahawa janji Tuhan itu benar dan kesempurnaan itu pasti hebat dan benar. 

Tiada hati yang mensyukuri nikmat iman dan islam serta benar-benar menginginkan redha dan Syurga ALLAH, akan mendustakan atau menolak hakikat yang akan diceritakan nanti. Tiada! Kerana setiap hujahnya juga datang dari Tuhan yang menceritakan kenikmatan iman dan islam tu. Kerana setiap hujahnya Syahadah al-Haq ini datang dari Tuhan yang menjanjikan Syurga ini dengan haq. 

Berbekalkan akur pada ALLAH dengan segala nikmat ciptaanNya, berbekalkan keinginan untuk meraih SyurgaNya, kita dibentangkan dengan suatu hakikat. Hakikat yang mungkin biasa didengari oleh banyak telinga tapi tak banyak dihayati dan diterima oleh kebanyakan hati. 

Islam itu suatu kemuliaan. Islam itu suatu kebanggaan. 

وَلَا تَهِنُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَنتُمُ الْأَعْلَوْنَ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ
Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman. (3:139)

Tapi bersamanya datang suatu tanggungjawab yang besar. Besar yang tak tertanggung walau oleh gunung yang kelihatannya kukuh dan teguh. Gunung yang kita tahu besar dan gagahnya ia telah menjadikan dia pasak pada plat-plat bumi. Besarnya Subhanallah, kemuliaan dan tanggungjawab Abid dan Khalifah. 

 APA ITU SYAHADAH? APA ITU PENYAKSIAN? 

Kalimah syahadah, kalimah penyaksian. 
"Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah melainkan ALLAH dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad SAW itu pesuruh ALLAH".
Penyaksian itu konsepnya sama dengan penyaksian di mahkamah. "AKU BERSAKSI". 

Ia bermaksud, aku tahu dan aku hendak kamu tahu bahawa aku tahu dan ini adalah kebenarannya! Tiada lain, inilah ia!
Kiranya, ia bukan sekadar lafaz kata. Ia pembenaran yang kukuh sepenuh jiwa. Kalau dalam mahkamah, kita belum lagi menjadi saksi, kalau kita belum tampil menyatakan kebenarannya. Tugas kita adalah menjadi saksi di dunia ni, sebelum menjadi saksi di akhirat kelak. Sebab di akhirat kelak, kita tidak akan menjadi saksi kepada diri kita, tapi orang lain yang akan menjadi saksi kepada kita. Saksi samada kita sudah memenuhi hak kesaksian kita di dunia atau pun tidak. Kita akan menjadi saksi kepada orang lain. Saksi bahawa kebenaran Islam ini telah sampai kepada mereka. Saksi samada mereka telah memenuhi hak kesaksian mereka atau tidak. 

وَكَذَٰلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطًا لِّتَكُونُوا شُهَدَاءَ عَلَى النَّاسِ وَيَكُونَ الرَّسُولُ عَلَيْكُمْ شَهِيدًا ۗ وَمَا جَعَلْنَا الْقِبْلَةَ الَّتِي كُنتَ عَلَيْهَا إِلَّا لِنَعْلَمَ مَن يَتَّبِعُ الرَّسُولَ مِمَّن يَنقَلِبُ عَلَىٰ عَقِبَيْهِ ۚ وَإِن كَانَتْ لَكَبِيرَةً إِلَّا عَلَى الَّذِينَ هَدَى اللَّـهُ ۗ وَمَا كَانَ اللَّـهُ لِيُضِيعَ إِيمَانَكُمْ ۚ إِنَّ اللَّـهَ بِالنَّاسِ لَرَءُوفٌ رَّحِيمٌ
 Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (Sebenarnya kiblat kamu ialah Kaabah) dan tiadalah Kami jadikan kiblat yang engkau mengadapnya dahulu itu (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkannya dan siapa pula yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya) dan sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat (untuk diterima) kecuali kepada orang-orang yang telah diberikan Allah petunjuk hidayah dan Allah tidak akan menghilangkan (bukti) iman kamu. Sesungguhnya Allah Amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya kepada orang-orang (yang beriman) (2:142)

وَجَاهِدُوا فِي اللَّـهِ حَقَّ جِهَادِهِ ۚ هُوَ اجْتَبَاكُمْ وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِي الدِّينِ مِنْ حَرَجٍ ۚ مِّلَّةَ أَبِيكُمْ إِبْرَاهِيمَ ۚ هُوَ سَمَّاكُمُ الْمُسْلِمِينَ مِن قَبْلُ وَفِي هَـٰذَا لِيَكُونَ الرَّسُولُ شَهِيدًا عَلَيْكُمْ وَتَكُونُوا شُهَدَاءَ عَلَى النَّاسِ ۚ فَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ وَاعْتَصِمُوا بِاللَّـهِ هُوَ مَوْلَاكُمْ ۖ فَنِعْمَ الْمَوْلَىٰ وَنِعْمَ النَّصِيرُ
Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya Dia lah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan ugamanya); dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara ugama, ugama bapa kamu Ibrahim. Ia menamakan kamu: "orang-orang Islam" semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dia lah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifatNya) Dia lah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan. (22:78)
Penyaksian ini juga bukan sekadar solat dan puasa. Tapi ia adalah suatu tanggungjawab supaya manusia yang lain sudah tiada hujah lain. Dan tiada seorang pun akan terlepas dari penyaksian Mahkamah Akhirat ni. 

TIADA SATU PUN AKAN TERLEPAS DARI KESAKSIAN INI!
وَيَوْمَ نَبْعَثُ فِي كُلِّ أُمَّةٍ شَهِيدًا عَلَيْهِم مِّنْ أَنفُسِهِمْ ۖ وَجِئْنَا بِكَ شَهِيدًا عَلَىٰ هَـٰؤُلَاءِ ۚ وَنَزَّلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ تِبْيَانًا لِّكُلِّ شَيْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً وَبُشْرَىٰ لِلْمُسْلِمِينَ
Dan (ingatkanlah tentang) hari Kami bangkitkan dalam kalangan tiap-tiap umat, seorang saksi terhadap mereka, dari golongan mereka sendiri; dan Kami datangkanmu (wahai Muhammad) untuk menjadi saksi terhadap mereka ini (umatmu); dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang mengembirakan, bagi orang-orang Islam. (16:88)
Mungkin ketakutan kita pada beratnya tanggungjawab ini akan menjadikan kita orang yang beralasan bahawa menyampaikan kebenaran Islam pada manusia lain itu bukan tanggungjawab kita. Bukan. Atau mungkin keraguan kita pada kemampuan kita untuk menyembah ALLAH dengan sepenuh hati dan membersihkan kehidupan kita dari segala jahiliyyah itu menjadikan kita ragu-ragu untuk mengambil jalan perubahan. Ragu-ragu untuk menjadi benar pada ALLAH. Tapi ALLAH sudah katakan, Dia tidak akan membebani kita dengan sesuatu yang tidak mampu kita pikul. Bersangka baiklah pada ALLAH, kerana Dia hanya menyuruh kita membersihkan diri kita agar kita mendapat keampunanNya dan SyurgaNya. Hidayah pada manusia lain, itu pilihan ALLAH. Tugas ALLAH. 

BERATNYA TUNTUTAN INI

Ya, tuntutan ini berat. Tapi kekuatan untuk menjalankannya bukan datang dari kita. Ia datang dari ALLAH,  kita hanya perlu jujur melaksanakannya dengan penuh tunduk dan iman pada ALLAH. Tiada yang akan terlepas. Maknya, tiada jalan keluar lain melainkan untuk menerimanya. 

قُلْ إِنِّي لَن يُجِيرَنِي مِنَ اللَّـهِ أَحَدٌ وَلَنْ أَجِدَ مِن دُونِهِ مُلْتَحَدًا
Katakanlah lagi; "Sesungguhnya aku, tidak sekali-kali akan dapat diberi perlindungan oleh sesiapapun dari (azab) Allah (jika aku menderhaka kepadaNya), dan aku tidak sekali-kali akan mendapat tempat perlindungan selain daripadaNya (72:22)

إِلَّا بَلَاغًا مِّنَ اللَّـهِ وَرِسَالَاتِهِ ۚ وَمَن يَعْصِ اللَّـهَ وَرَسُولَهُ فَإِنَّ لَهُ نَارَ جَهَنَّمَ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا
(kecuali) hanya menyampaikan (wahyu) dari Allah dan perintah-perintahNya (yang ditugaskan kepadaku menyampaikannya); dan sesiapa yang menderhaka kepada Allah dan ingkarkan bawaan RasulNya, maka sesungguhnya disediakan baginya neraka Jahannam; kekalah mereka di dalamnya selama-lamanya.".
APA YANG MERINGANKAN HATI MENERIMA BERAT TUNTUTAN INI? 

Ia adalah hati kita sendiri dan kebenaran janji kita pada ALLAH yang kita sudah saksikan rahmat dan kasihnya pada awal-awal tadi. Juga pada benarnya hati kita menyaksikan kebesaran kuasaNya. Kebenaran janjiNya. Kegerunan ancaman-anacamanNya. 

Kalau kita inginkan kemuliaan ini, kita akan jujurkan diri kita pada syahadah ini. Kalau kita benar percayakan kekuasaanya, kita akan yakin Dia akan menguatkan kita. 

Hanya yang ingin menjadi hamba rabbani kepada Tuhan Rabbul 'alamin, dia akan mengucapkan Ya Rabbi, ampunkan aku dan kuatkan aku. Ingatlah, Musa a.s juga menerima tanggungjawab syahadah ini dengan segala kekurangan dan kerisauan. Apatah lagi kita. Perhatikan jawapan Tuhan kita pada Nabi Musa, 

"Dan demi sesungguhnya! Kami telahpun mengurniakan kepadamu berbagai nikmat pada satu masa yang lain sebelum ini."
Bukankah ALLAH telah memberikan segala macam kenikmatan sebelum ini? Bukankah Dia yang telah menjaga kita sejak dari dalam perut ibu kita? Malah sebelum itu lagi... Mana mungkin untuk menguatkan kita Dia akan gagal. 
 إِنَّنِي أَنَا اللَّـهُ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدْنِي وَأَقِمِ الصَّلَاةَ لِذِكْرِي ﴿١٤ إِنَّ السَّاعَةَ آتِيَةٌ أَكَادُ أُخْفِيهَا لِتُجْزَىٰ كُلُّ نَفْسٍ بِمَا تَسْعَىٰ ﴿١٥ فَلَا يَصُدَّنَّكَ عَنْهَا مَن لَّا يُؤْمِنُ بِهَا وَاتَّبَعَ هَوَاهُ فَتَرْدَىٰ ﴿١٦ وَمَا تِلْكَ بِيَمِينِكَ يَا مُوسَىٰ﴿١٧ قَالَ هِيَ عَصَايَ أَتَوَكَّأُ عَلَيْهَا وَأَهُشُّ بِهَا عَلَىٰ غَنَمِي وَلِيَ فِيهَا مَآرِبُ أُخْرَىٰ ﴿١٨ قَالَ أَلْقِهَا يَا مُوسَىٰ ﴿١٩ فَأَلْقَاهَا فَإِذَا هِيَ حَيَّةٌ تَسْعَىٰ ﴿٢٠ قَالَ خُذْهَا وَلَا تَخَفْ ۖ سَنُعِيدُهَا سِيرَتَهَا الْأُولَىٰ﴿٢١ وَاضْمُمْ يَدَكَ إِلَىٰ جَنَاحِكَ تَخْرُجْ بَيْضَاءَ مِنْ غَيْرِ سُوءٍ آيَةً أُخْرَىٰ ﴿٢٢ لِنُرِيَكَ مِنْ آيَاتِنَا الْكُبْرَى ﴿٢٣ اذْهَبْ إِلَىٰ فِرْعَوْنَ إِنَّهُ طَغَىٰ ﴿٢٤ قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي ﴿٢٥ وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي﴿٢٦ وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِّن لِّسَانِي ﴿٢٧ يَفْقَهُوا قَوْلِي ﴿٢٨وَاجْعَل لِّي وَزِيرًا مِّنْ أَهْلِي ﴿٢٩ هَارُونَ أَخِي ﴿٣٠ اشْدُدْ بِهِ أَزْرِي ﴿٣١ وَأَشْرِكْهُ فِي أَمْرِي ﴿٣٢ كَيْ نُسَبِّحَكَ كَثِيرًا ﴿٣٣وَنَذْكُرَكَ كَثِيرًا ﴿٣٤ إِنَّكَ كُنتَ بِنَا بَصِيرًا ﴿٣٥ قَالَ قَدْ أُوتِيتَ سُؤْلَكَ يَا مُوسَىٰ ﴿٣٦ وَلَقَدْ مَنَنَّا عَلَيْكَ مَرَّةً أُخْرَىٰ ﴿٣٧
"Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku. (14)"Sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang - yang Aku sengaja sembunyikan masa datangnya - supaya tiap-tiap diri dibalas akan apa yang ia usahakan. (15) "Maka janganlah engkau dihalangi daripada mempercayainya oleh orang yang tidak beriman kepadanya serta ia menurut hawa nafsunya; kerana dengan itu engkau akan binasa. (16) "Dan apa (bendanya) yang di tangan kananmu itu wahai Musa?" (17) Nabi Musa menjawab: "Ini ialah tongkatku; aku bertekan atasnya semasa, berjalan, dan aku memukul dengannya daun-daun kayu supaya gugur kepada kambing-kambingku, dan ada lagi lain-lain keperluanku pada tongkat itu". (18) Allah Taala berfirman: "Campakkanlah tongkatmu itu wahai Musa!"(19) Lalu ia mencampakkannya, maka tiba-tiba tongkatnya itu menjadi seekor ular yang bergerak menjalar. (20) Allah berfirman: "Tangkaplah akan dia, dan janganlah engkau takut, Kami akan mengembalikannya kepada keadaannya yang asal. (21)"Dan kepitlah tanganmu di celah lambungmu; nescaya keluarlah ia putih bersinar-sinar dengan tidak ada cacat; sebagai satu mukjizat yang lain. (22) "(Berlakunya yang demikian itu) kerana Kami hendak memperlihatkan kepadamu sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Kami yang besar. (23) "Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas". (24) Nabi Musa berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku;(25) "Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; (26) "Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, (27) "Supaya mereka faham perkataanku; (28) "Dan jadikanlah bagiku, seorang penyokong dari keluargaku. (29) "Iaitu Harun saudaraku;(30) "Kuatkanlah dengan sokongannya, pendirianku, (31)"Dan jadikanlah dia turut campur bertanggungjawab dalam urusanku, (32) "Supaya kami sentiasa beribadat dan memujiMu, (33) "Dan (supaya) kami sentiasa menyebut dan mengingatiMu; (34) "Sesungguhnya Engkau adalah sedia melihat dan mengetahui hal ehwal kami". (35) Allah berfirman: "Sesungguhnya telah diberikan kepadamu apa yang engkau pohonkan itu, wahai Musa! (36) "Dan demi sesungguhnya! Kami telahpun mengurniakan kepadamu berbagai nikmat pada satu masa yang lain sebelum ini. (37) (20: 14-37)

Kalau kita yakin pada Dia, Dia akan mudahkan jalannya untuk kita. Selagi mana kita menjadi orang-orang yang menerima peringatan-peringatanNya. 

فَمَن يُرِدِ اللَّـهُ أَن يَهْدِيَهُ يَشْرَحْ صَدْرَهُ لِلْإِسْلَامِ ۖ وَمَن يُرِدْ أَن يُضِلَّهُ يَجْعَلْ صَدْرَهُ ضَيِّقًا حَرَجًا كَأَنَّمَا يَصَّعَّدُ فِي السَّمَاءِ ۚ كَذَٰلِكَ يَجْعَلُ اللَّـهُ الرِّجْسَ عَلَى الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ
Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman. (6:125)
وَهَـٰذَا صِرَاطُ رَبِّكَ مُسْتَقِيمًا ۗ قَدْ فَصَّلْنَا الْآيَاتِ لِقَوْمٍ يَذَّكَّرُونَ 
Dan inilah jalan Tuhanmu (ugama Islam) yang betul lurus. Sesungguhnya Kami telah menjelaskan ayat-ayat keterangan (Kami) satu persatu, bagi kaum yang mahu beringat - insaf (6:126)
لَهُمْ دَارُ السَّلَامِ عِندَ رَبِّهِمْ ۖ وَهُوَ وَلِيُّهُم بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ 
Bagi merekalah Syurga Darus-Salaam (tempat tinggal yang aman sejahtera) di sisi Tuhan mereka, dan Dia lah Penolong mereka, disebabkan amal-amal (yang baik) yang mereka telah kerjakan. (6:127)








Comments

Popular posts from this blog

Pahit bak hempedu..

keunikan suku Quraisy

Ama Zilna