harapanku untuk ke TURKI!

Bismillahirrahmanirrahim...

Sblm meninggalkan bumi Malaysia aku punya harapan untuk menziarah TURKI untuk melihat KOTA Istanbul sbb sblm tu, time2 tengah tunggu result IB, aku ad bace buku pasal SULTAN Muhammad Al-Fateh..sangat teringin masa tu nak pergi TURKI.nak tengok masjib biru AYA SOPHIA..nak tengok tempat yang sejarah dunia cakap ada kapal belayar ATAS DARAT..SUBHANALLAH..kuasa ALLAH..malah kafirun masa tu pun kagum..cuma kesombongan mereka yang menghalang mereka dari menyatakan keimanan kepada ALLAH...SUBHANALLAH..aku nak sangat pergi ke TURKI..nak tengok peninggalan kegemilangan ISLAM walaupun telah dihancurkan oleh munafiqun..tp itu sudah ketentuan ALLAH. kejatuhan itulah yang menjatuhkan tanggungjawab dan menuntut kembali pengorbanan kita, muslim yang mukmin (INSYAALLAH) untuk menyambung kembali usaha RASULULLAH dan para SAHABAT serta manusia-manusia berkat yang telah diangkat oleh ALLAH untuk menaikkan syiar islam (spt SULTAN MUHAMMAD AL FATEH dan SALAHUDDIN AYUBI)...

Aku nak sangat tengok keindahan ISLAM di sana... kecantikannya. semoga aku akan mendapat pengajaran dan semoga peniggalan-peninggalan itu nanti akan menguatkan lagi keimananku padaNYA dan meningkatkan lagi penghayatanku pada AD DIN..SUBHANALLAH...bantulah aku yan ALLAH untuk membina cinta padaMU dan para RASUL kekasihMU..

Sepanjang aku di bumi permaisuri ni, aku banyak belajar dan ditanamkan dengan kepentingan kecintaan kepada ALLAH dan RasulNYA dalam hidup beragama..semuanya berlaku secara sedar atau tidak sedar..dalam perbincangan-perbincangan usrah, perjumpaan dengan sisters, berukhuwah dengan muslimat yang lain..segala-segalanya membuatkan aku sedar kepada kecintaan kepada ALLAH dan Rasul malah inilah yang telah menjadi penguat keimanan para sahabat dan penganut awal agama islam..

KECINTAAN pada ALLAH dan RASUL...MENCINTAI ALLAH dan RASUL malah Sumaiyah, mujahiddah pertama ISLAM, mengimani ALLAH bukanlah kerana tuntutan solat dan puasaNYA ttp kerana cinta pada TUHAN dan RasulNYA..malah sewaktu itu solat tidaklah di syariatkan lagi...

Semoga hakikat ini terus menjadi sebahagian dari FIKRAHku..

YA ALLAH panjangkan lah rezeki ku sehinggan ke TURKI andai itu yang terbaik buatku..


ps: aku tulis ni lepas bace article dlm saifulislam tajuknye 'Soalnya siapa kamu'...huhuhuh..semoga apa yang aku fikirkan ini membantu aku mencapai apa yang aku inginkan dengan keredhaan ALLAH...semoga aku lebih redha kepada ALLAH di masa akan datang..aminn..

Comments

Popular posts from this blog

Pahit bak hempedu..

keunikan suku Quraisy

Ama Zilna