BLAJA dan EXAM..knp x msuk pn??

Bismillahirrahmanirrahim...

Baru-baru ni aku baru habis exam (2nd exam for 1st year medic in Leeds)..Alhamdulillah..hati masih tenang..(masih dalam latihan tarbiyahNya, insyaALLAH)..bila ada exam secara formal secara sedar aku dapat rasa kita dilatih. kalau perasan la. ALLAH melatih untuk kita bertawakal selepas berusaha sebolehnya.. melepaskan segalanya untuk diputuskan ALLAH..untuk meredhai segalanya..dan mengenal hakikat bahawa ALLAH sebaik-baik perancang dan MEYAKINI bahwa setiap yang ditentukan itu punya hikmah buat kita hamba, makhluk dan insan yang selalu lupa, hina dan tidak punya apa-apa..



Sebelum ni aku pernah diajar oleh seorang sahabat ttg hakikat bahawa dalam hidup bertuhankan ALLAH yang satu kita kena yakin apa yang akan berlaku adalah dengan perancangan dan perlaksanaan Yang MAHA Esa..dan sekarang aku sedang dilatih untuk memahami hakikat ini (mungkin...)


Keyakinan ttg segalanya berlaku dgn izin ALLAH lahir dr keimanan yg BENAR..
sebagaimana dlm surah AL-IKHLAS


Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih Maha Penyayang.
Katakanlah (Muhammad) dialah ALLAH, yang MAHA Esa
ALLAH tempat meminta segala sesuatu  
(ALLAH) tidak beranak dan tidak diperanakkan
Dan tidak ada sesuatu yang setara denganNYA.

(112: 1-4)

Melalui ayat ini manusia yang membacanya mengakui bahawa ALLAH adalah TEMPAT MEMINTA SEGALA SESUATU..tiada yang dpt memberi nikmat melainkan ALLAH. Walaupun secara zahirnya yang memberikan wang kpd kita adalah manusia..yang memberikan kpd anak-anak adalah ibu bapa..yang memberi markah peperiksaan adalah pensyarah-pensyarah..segalannya hanyalah perantaraan..ALLAH yang telah menentukan segalanya. Kalau difikirkan tiada yang mampu kita lakukan melainkan dengan izin ALLAH yang Maha Esa...


Bagi yang memahami hakikat kehidupan adalah untuk beribadah kepada ALLAH..untuk meraih kasih sayang dan rahmat ALLAH..untuk menjadi antara hamba yang gah pada TUHANnya..kehidupan akan menjadi senang..pasti senang untuk kita memahami bahawa apa yang akan berlaku adalah tidak penting selagi mana kita dapat meraih kasih ALLAH..selagi mana kita dapat meraih keredhaan yang Maha Pengasih..

Cuba fikirkan..org yang memahami hakikat bahawa segala yang berlaku dalam hidup ini adalah ketentuan ALLAH..akankah dia bersedih atas apa yang menimpanya jika ia tidak seperti yang diharapkan..kalau dikaitkan dengan belajar. akankah pelajar yang yakin pada ALLAH sebagai Rabbul 'Alamin bersedih hati sekiranya apa yang dibacanya tidak difahami..seharusnya ia menjadikan pelajar itu lebih berusaha untuk mempelajari ilmu ALLAH itu..kerana keyakinan bahawa segalanya berlaku kerana ALLAH tidak akan membuatkan dia sedih..

"Hati yang mengingati TUHAN pasti berasa tenang.."

Kerana setiap yang dikerjakan itu adalah untuk meraih keredhaan ALLAH..manusia itu pasti yakin bahawa ALLAH mengira usahanya..ALLAH mengira kasihnya pada ALLAH..bukan kerana kejayaannya dalam peperiksaan atau kebolehannya memahami buku akademik..segala kelebihan itu mungkin sebahagian dari rahmat ALLAH agar kita lebih bersyukur dan lebih MENCINTAI-NYA..

wallahua'lam 


 




Comments

Popular posts from this blog

Pahit bak hempedu..

Ama Zilna

Reminder and Reflection: Tarbiyah bukan GHAYAH!