BUKTIKAN KEIMANAN

Dengan Nama ALLAH, Ar-Rahman Ar-Rahim. Selawat dan salam buat Rasulullah SAW.

Subhanallah, wa Alhamdulillah. Wa La Ilaahaillallah. 

Tuhan itu satu dan tiada dua. 
Tiada tiga. 
Dan hanya Dia. 
Penyayang. 
Pengampun dan Maha Kuasa. 
Maha Bijaksana dan Maha Menciptakan. 

Apa itu iman? Iman itu mengakui dengan hati dengan tanpa rasa terpaksa. Dengan jelas dan teguh dan tiada keraguan. Redha, bashirah, salim wa la bil syak. 

Iman yang menyeluruh kepada ALLAH dengan mengakui bahawa Dia adalah Tuhan yang Satu yang layak disembah dan dipatuhi hukumnya tanpa syak dan ragu-ragu. Seluruh, dari sekecil-kecil hukum bersuci, makan, berpakaian sehingga kepada undang-undang negara dan pengurusan manusia. 

Iman yang menyeluruh kepada ALLAH dengan meyakini dan merasai bahawa Dialah yang layak disayangi dan dirindui setiap masa, sehingga memenuhi setiap nafas yang dihela. Lemas dalam kehambaan kepada ALLAH. 

Bertapa keimanan yang sempurna kepada ALLAH akan memberikan kesan yang besar kepada hidup manusia: kehidupan dipenuhi kebenaran.


Comments

Popular posts from this blog

Pahit bak hempedu..

Ama Zilna

Reminder and Reflection: Tarbiyah bukan GHAYAH!