Sejuta nikmat

Dalam sejuta nikmat yang kita pinta
Terkadang Tuhan Yang Maha Pengasih itu menahan satu
Supaya nanti kita kekal duduk bersipu
Berdoa memohon dalam lafaz sendu
"Ya Ilahi Rabbi Malikul Karim.. aku perlu, aku mahu"
Rendah hati.
Dalam sejuta nikmat yang kita perlu
Terkadang Tuhan Yang Maha Berkuasa itu menganugerahkanya hanya seketika
Agar kita kekal terikat hanya pada Dia
bukan pada dunia
Agar kita redha tatkala ujianNya yang lain datang menimpa
"Ya Rabbi Rabbul Alamin.. sabarkan aku dalam didikan kasihmu"
Kelembutan jiwa.
Wahai Tuhan,
Benarlah hidup sebagai hambaMu itu indah tiada terkata
Maknanya hanya pada yang merasa
Kekalkan aku dalam kasih setia
Terusan bersulam dengan rasa hamba
Yang menghidupkan aku hingga nafas putus dari jiwa

Comments

Popular posts from this blog

Pahit bak hempedu..

Ama Zilna

Reminder and Reflection: Tarbiyah bukan GHAYAH!