Posts

Showing posts from December, 2014

BUKTIKAN KEIMANAN

Dengan Nama ALLAH, Ar-Rahman Ar-Rahim. Selawat dan salam buat Rasulullah SAW. Subhanallah, wa Alhamdulillah. Wa La Ilaahaillallah.  Tuhan itu satu dan tiada dua.  Tiada tiga.  Dan hanya Dia.  Penyayang.  Pengampun dan Maha Kuasa.  Maha Bijaksana dan Maha Menciptakan.  Apa itu iman? Iman itu mengakui dengan hati dengan tanpa rasa terpaksa. Dengan jelas dan teguh dan tiada keraguan. Redha, bashirah, salim wa la bil syak.  Iman yang menyeluruh kepada ALLAH dengan mengakui bahawa Dia adalah Tuhan yang Satu yang layak disembah dan dipatuhi hukumnya tanpa syak dan ragu-ragu. Seluruh, dari sekecil-kecil hukum bersuci, makan, berpakaian sehingga kepada undang-undang negara dan pengurusan manusia.  Iman yang menyeluruh kepada ALLAH dengan meyakini dan merasai bahawa Dialah yang layak disayangi dan dirindui setiap masa, sehingga memenuhi setiap nafas yang dihela. Lemas dalam kehambaan kepada ALLAH.  Bertapa keima...

Akhir Tahun 2014

The year is leaving and people left and will be as well. I can't stop myself writing this so bare with me   *Although somebody did not agree with the analogy cause she thinks udara dan pernafasan happens too quickly.. Incomparable to this.. i still think it does* PERTEMUAN   Manusia itu ibarat udara Datangnya mengisi ruang dada Memberi kita kehidupan Dalam pelbagai cara- kebahagiaan atau juga pengajaran Selesai Maka pergilah ia Meninggalkan dada kosong Menanti diisi lagi Kosong? Hakikatnya, nafas seketika itulah yang telah menyambung saat Pergilah, isi jiwa lain dengan kenikmatan kehidupan Tiupkan padanya rasa dan makna kehambaan Udara yang menyegarkan pasti kan dihirup dalam-dalam Agar gagah urat jiwa Bersedia menempuh dunia Kerana Tuhanlah, manusia menjadi nikmat Sebagaimana udara memberi manfaat

#ikatan

Terkadang satu simpulan perlu dirungkai Agar kusutnya terlerai Disulam kembali berurat jelas Agar ikatannya bersih berhias Hanya bersama ikhlas Allah.

Sejuta nikmat

Dalam sejuta nikmat yang kita pinta Terkadang Tuhan Yang Maha Pengasih itu menahan satu Supaya nanti kita kekal duduk bersipu Berdoa memohon dalam lafaz sendu "Ya Ilahi Rabbi Malikul Karim.. aku perlu, aku mahu" Rendah hati. Dalam sejuta nikmat yang kita perlu Terkadang Tuhan Yang Maha Berkuasa itu menganugerahkanya hanya seketika Agar kita kekal terikat hanya pada Dia bukan pada dunia Agar kita redha tatkala ujianNya yang lain datang menimpa "Ya Rabbi Rabbul Alamin.. sabarkan aku dalam didikan kasihmu" Kelembutan jiwa. Wahai Tuhan, Benarlah hidup sebagai hambaMu itu indah tiada terkata Maknanya hanya pada yang merasa Kekalkan aku dalam kasih setia Terusan bersulam dengan rasa hamba Yang menghidupkan aku hingga nafas putus dari jiwa ‪#‎ rumahsakittakberubat‬  :')