taqarrub dan ikhlas
Andai hadis ini begini :
nabi bersabda bahawa Allah ta'ala berkata, " keikhlasan itu salah satu rahsia-ku yang aku titipkan dalam hati hamba-Ku yang Aku cintai." SubahanAllah. ikhlas itu adalah rahsia Allah. tiada siapa yang mampu mengungkapkan keikhlasan dalam hatinya.
dan hadith ini begini:
Daripada Abu Hurairah r.a, beliau berkata : “Rasulullah s.a.w bersabda :” Sesungguhnya Allah s.w.t berfirman :”Barangsiapa yang memusuhi wali-Ku, maka Aku isytiharkan perang terhadapnya. Tidaklah seorang hamba mendekatkan diri kepada-Ku dengan melakukan sesuatu amalan yang lebih Aku sukai selain daripada apa yang telah Aku fardhukan kepadanya. Dan tidaklah seorang hamba itu sentiasa mendekatkan diri kepada-Ku dengan mengerjakan amalan-amalan sunat, kecuali Aku akan mencintainya. Jika Aku telah mencintainya, Aku adalah pendengarannya yang dia mendengar dengannya, penglihatannya yang dia melihat dengannya, tangannya yang dia mengambil sesuatu tindakan dengannya dan kakinya yang dia berjalan dengannya. Jika dia memohon sesuatu daripada-Ku, Aku akan memberinya dan jika dia memohon perlindungan daripada-Ku, maka Aku akan melindunginya.”
[ Hadis Riwayat Al-Bukhari ]- Imam Nawawi Hadis 38
maka taqarrub adalah cara utk mendapatkan cinta dan keikhlasan.
dan itu namanya proses, proses makanya lama, lama makanya kena sabar dan ISTIQAMAH..
Comments
Post a Comment