Manhajul Anbiya' Fi Tazkiyatin Nufus
Menurut Syeikh Salim bin Eid al-Hilali di dalam kitabnya Manhajul Anbiya' Fi Tazkiyatin Nufus, proses tazkiyah akan berlaku dengan syarat kita bertakwa dan hanya akan dicapai dengan langkah-langkah berikut:
Al-Musyaratah ertinya membuat perjanjian seperti seorang usahawan pasti akan menandatangani perjanjian
Al-Muraqabah ertinya selalu mengawasi diri. Apabila seseorang telah mengikat perjanjian, harus baginya merasakan keperluan menjaga dan mengawasi perjanjiannya agar tidak dilanggar.
Al-Mujahadah ertinya bersungguh-sungguh dalam melakukan amalan.
Al-Taslim ertinya menerima segala ketetapan Allah.
Al-Ridha ertinya merasa bahawa segala pemberian Allah adalah yang terbaik buatnya
source: iluvislam.com
Comments
Post a Comment