Kerana perasaan masih bersisa?
Tik: Ila, sudah awak beritahu Wafaa pasal program esok?
Ila: Ohh, saya ingatkan Laili sudah beritahu
Perbualan putus di situ dan Tik berlalu pergi. Kelibatnya hilang di balik pintu menuju ke dapur.
Wafaa dan Ila adik-beradik usrah. Sudah dua tahun. Tahun pertama tahun mereka mula kenal satu sama lain. Grmbira. Tahun kedua, tahun cabaran kerana tahun ini persahabatan dan keikhlasan masing-masing diuji.
Tahun kedua, tahun sejarah bagi Ila. Kerana dia merasakan kehilangan seorang sahabat. Pada mulanya dia merasakan Wafaa menjauhkan diri darinya kerana dia semakin aktif dalam menyumbang kepada dakwah dan tarbiyah di kawasan mereka. Dia merasakan sikap Wafaa semakin berubah hari demi hari. Semakin menjauh darinya. Sejak itu juga dia menjauhkan diri. Baginya, andai itu akan lebih menyenangkan hati Wafaa maka apa salahnya untuk dia memberinya sedikit ruang. Tambahan pula Wafaa sering menghadapi cabaran dalam persahabatannya dengan Zaleha.
Zaleha sahabat yang sangat rapat dengan Wafaa. Sangat rapat. Baginya, Wafaa bagaikan suatu rahmat yang ALLAH kurniakan padanya dalam langkahan hidupnya. Dari Wafaa, dia banyak mengenal keindahan agama yang dianuti sejak kecil itu. Wafaa banyak memberikan dia semangat untuk terus berubah. Melayan kerenah dan tanda tanya yang banyak bermain di fikirannya. Banyaklah. Macam-macam. Malah, Ila melihat pergantungan Zaleha pada Wafaa yang semakin hari semakin kuat. Wafaa banyak memberikan masanya pada Zaleha.
Kalau nak tahu, Wafaa jenis yang comot sikit. Tak pandai nak sweet-sweet, tak pandai nak manja-manja. Tapi sejak mengenal Zaleha, dia mula belajar mengambil hati orang lain. Sangat mengambil berat tentang Zaleha. Ila perasan akan perubahan sahabatnya itu dan pada pandagannya, dia rasa tersisih. Dia kecewa kerana dia semakin dijauhi sedangkan Zaleha mendapat sebanyak-banyaknya perhatian dari Wafaa.
Ila tahu satu perkara, iaitu dia dan Zaleha punya sikap yang sama. Manja. Tapi dia juga sedar satu perkara, Wafaa, tidak biasa melayan kemanjaan seorang budak dewasa. Bagi Ila, Wafaa sudah sangat-sangat berkorban untuk merubah dirinya menjadi seorang yang lebih mengambil berat akan rasa hati yang lain. Untuk seorang yang melihat dari jauh (tiadalah jauh sangat kerana mereka rakan serumah) Ila merasakan cukuplah untuk Wafaa berkorban dan berusaha untuk memahami seorang sahaja antara mereka dan Ila merelakan untuk senyap dari terus menuntut pengertian dari Wafaa. Bagi Ila, pengorbanan dan ujian yang dilalui Wafaa sudah sangat berat. Mana tidaknya, untuk seorang yang tidak manja pada sahabat, tapi terpaksa berusaha untuk meruntuhkan ketidakbiasaan dan keegoaannya demi memahami seorang sahabat yang disayanginya. Pada Ila pasti banyak prinsip diri yang perlu dia ubah dan sikap yang perlu Wafaa korbankan demi memenuhi keperluan menjadi seorang sahabat kepada Zaleha.

Comments
Post a Comment