andai aku seperti KhalilNya
berhala kini ada di mana-mana
menghiasi jagat bumi sepenuh-penuhnya
sehingga hati yang cintakan Tuhannya menangis
untuk setiap inci dunia yang dipanah mata
meluat
pedih membakar
marah
ya! hati ini marah
aku benci pada berhala-berhala itu
mungkin sepertinya perasaan si Nabi ALLAH
Ibrahim Khalilullah tatkala kaumnya puas memnyembah pengantara
tapi berhala-berhala yang aku lihat kini, aku rasa lebih pedih dan menyayat hati
kerana ia tidak mampu dipecahkan dan dimusnahkan sebagaimana Ibrahim telah lakukan
ia terlalu kuat
kuat bukan pada fizikal
tapi pada hinggapannya di hati mereka
alangkah puasnya hatiku
andai aku seperti Khalilullah
ingin sekali aku hancurkan segala berhala-berhala itu
pergi
jauh
hilang dari pandangan mata
hilang dari mengenggam hati
syuh!
menjauh
lucu sekali
kerana sedikitnya juga ada di hatiku
dan hati
menangislah
menangisla untuk itu
Comments
Post a Comment