sudah sebulan dan cabaran...


sudah sebulan tidak mencoretkan apa-apa. semoga ALLAH masih sayang :) 
T_T

banyak ujianNya. sakit menimpa. mencucuk jiwa. mungkin kerana sudah berbeza. bukan lagi yang lama. tapi bukan juga baru sepenuhnya. masih ada karat yang tinggal. sisa yang entah bila kan hilang bersama masa. sakit kerana nilainya sudah berbeza. lain sama sekali. ingin masih bersama. dan hati terus luka. merintih pada setiap dosa. dan jiwa terus menangis tapi tiada air mata yang gugur. kerana yang menangis jiwa. menangis pada titik hitam yang mencemar hati. madrasah Ramadhan ini aku kira lebih mencabar dari tahun-tahun yang lalu. mungkin kerana aku masih menggenggam jahiliyyah-jahiliyyah itu. 


bilakah masanya untuk aku melepaskan?
dan jiwa terus sakit. kerana jahiliyyah dan peringatan berperang. di situ. di hati. bila perang akan berakhir? dan siapa nanti 'kan menang? 


"Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman untuk secara khusyuk mengingati ALLAH dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka) dan janganlah mereka (berlaku) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras. dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik." (57:16)

wahai hati & jiwa, bilakah kau hendak khusyuk mengingati ALLAH?
dan 
MEMATUHI KEBENARAN YANG TELAH DIWAHYUKAN??
semoga aku dan kamu dan kita bukan yang larut dalam kefasikan. 

T_T

sekarang adalah mode jeles dengan sahabat yang sedang rancak berjual beli dan pinjam meminjam dengan ALLAH sedang aku masih mengemis kasihNya. 

"Barang siapa meminjami ALLAH dengan pinjaman yang baik maka ALLAH melipatgandakan ganti kepadanya dengan banyak. ALLAH menahan dan melapangkan rezeki dan kepadaNyalah kamu dikembalikan" (2:245)

walaupun kebanyakan sedang rancak tapi aku dan mungkin beberapa sahabat masih bertatih, semoga kita tetap akan bertemu pada pengakhiran yang sama yakni kemenangan yang agung yang telah ALLAH janjikan. 

"ALLAH telah menyediakan bagi mereka (orang-orang yang bersama Rasul, berjihad dengan harta dan jiwa mereka)  syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Itulah KEMENANGAN YANG AGUNG" (9:89)

subhanallah
astaghfirullah

 (T_T) (T_T) (T_T)

JANGAN JADI KECICIRAN!

Comments

  1. sayang, doa doa dan terus doa. Allah akan permudahkan sesiapa yg melakukan kebaikan, biiznillah :)

    prayers from afar

    ReplyDelete
  2. syg, masih ingatkah ttg ayat feveret kita? Allah mentarbiyah supaya bersegera. ada sahabat menyahut dengan membaling kurma di tangannya sewaktu perang apabila dibacakan ayat ini utk segera menjejaki syurga.

    jom teruskan mujahadah. tak kira banyak kali pun tersadung dalam perjalan panjang ini, akan teruskan juga walau dalam rangkak yg perlahan insyaAllah!

    sanah helwah syg

    oh oh. sanah helwah itu maksudnya selamat hari lahir ^_^

    yg mendoakan kekuatan dan ketsabatan,
    wardatussyifa

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pahit bak hempedu..

keunikan suku Quraisy

Ama Zilna