Posts

BUKTIKAN KEIMANAN

Dengan Nama ALLAH, Ar-Rahman Ar-Rahim. Selawat dan salam buat Rasulullah SAW. Subhanallah, wa Alhamdulillah. Wa La Ilaahaillallah.  Tuhan itu satu dan tiada dua.  Tiada tiga.  Dan hanya Dia.  Penyayang.  Pengampun dan Maha Kuasa.  Maha Bijaksana dan Maha Menciptakan.  Apa itu iman? Iman itu mengakui dengan hati dengan tanpa rasa terpaksa. Dengan jelas dan teguh dan tiada keraguan. Redha, bashirah, salim wa la bil syak.  Iman yang menyeluruh kepada ALLAH dengan mengakui bahawa Dia adalah Tuhan yang Satu yang layak disembah dan dipatuhi hukumnya tanpa syak dan ragu-ragu. Seluruh, dari sekecil-kecil hukum bersuci, makan, berpakaian sehingga kepada undang-undang negara dan pengurusan manusia.  Iman yang menyeluruh kepada ALLAH dengan meyakini dan merasai bahawa Dialah yang layak disayangi dan dirindui setiap masa, sehingga memenuhi setiap nafas yang dihela. Lemas dalam kehambaan kepada ALLAH.  Bertapa keima...

Akhir Tahun 2014

The year is leaving and people left and will be as well. I can't stop myself writing this so bare with me   *Although somebody did not agree with the analogy cause she thinks udara dan pernafasan happens too quickly.. Incomparable to this.. i still think it does* PERTEMUAN   Manusia itu ibarat udara Datangnya mengisi ruang dada Memberi kita kehidupan Dalam pelbagai cara- kebahagiaan atau juga pengajaran Selesai Maka pergilah ia Meninggalkan dada kosong Menanti diisi lagi Kosong? Hakikatnya, nafas seketika itulah yang telah menyambung saat Pergilah, isi jiwa lain dengan kenikmatan kehidupan Tiupkan padanya rasa dan makna kehambaan Udara yang menyegarkan pasti kan dihirup dalam-dalam Agar gagah urat jiwa Bersedia menempuh dunia Kerana Tuhanlah, manusia menjadi nikmat Sebagaimana udara memberi manfaat

#ikatan

Terkadang satu simpulan perlu dirungkai Agar kusutnya terlerai Disulam kembali berurat jelas Agar ikatannya bersih berhias Hanya bersama ikhlas Allah.

Sejuta nikmat

Dalam sejuta nikmat yang kita pinta Terkadang Tuhan Yang Maha Pengasih itu menahan satu Supaya nanti kita kekal duduk bersipu Berdoa memohon dalam lafaz sendu "Ya Ilahi Rabbi Malikul Karim.. aku perlu, aku mahu" Rendah hati. Dalam sejuta nikmat yang kita perlu Terkadang Tuhan Yang Maha Berkuasa itu menganugerahkanya hanya seketika Agar kita kekal terikat hanya pada Dia bukan pada dunia Agar kita redha tatkala ujianNya yang lain datang menimpa "Ya Rabbi Rabbul Alamin.. sabarkan aku dalam didikan kasihmu" Kelembutan jiwa. Wahai Tuhan, Benarlah hidup sebagai hambaMu itu indah tiada terkata Maknanya hanya pada yang merasa Kekalkan aku dalam kasih setia Terusan bersulam dengan rasa hamba Yang menghidupkan aku hingga nafas putus dari jiwa ‪#‎ rumahsakittakberubat‬  :')

Summary of Tonight's Tafseer Class

Summary of Tonight's Tafseer Class Tiga Persoalan Asas 1. Dari mana kita datang? a. Saripati air yang hina b. Jannah c. Janji sumpah kita bahawa Allah Tuhan kita 2. Apa tujuan hidup kita ? Kemarahan Allah kepada mereka mengira Allah ciptakan mereka untuk main2 sahaja Orang2 kafir hidup untuk makan dan minum seperti binatang ternak a. Menjadi hamba Allah (51 : 56) b. Melakukan amalan yang terbaik (Al Mulk : 2) b. Menjadi Khalifah di mukabumi i. Make myself better ii. Make others better iii. Make this world a better place c. Menjadikan Islam cara hidup yang paling dominant d. Hilangkan segala “fitnah” dan menjadikan Deen itu semata2 bagi Allah 3. Ke mana kita akan kembali? a. Alam barzakh b. Padang mahsyar c. Peluang untuk masuk Syurga tanpa Hisab d. Syurga yang ultimate – Jannatul Firdaus

Kerana aku belum mampu beriman sendirian

Nusaiba sudah tak seperti dulu.. Dulunya ada manusia yang akan mengingatkan aku tika imanku lemah, Langkah dakwahku tersekat, Masih menanti untuk subuh bersama, Atau sekurangnya aku kejutkan dia; Bila dia pergi, Kini subuhku sendiri; Aku tidak betah, Pedih! Menginginkan manis subuh berjemaah itu untuk kembali, Itulah dia nikmat yang mungkin tiada aku hargai saat dia senantiasa disisi; Saat pulang di sisi yang menanti; Aku... Ibadatnya masih sendiri; Tazkirahnya perlu di cari-cari~ Tidak seperti tika bersama mereka yang ingin mengoreksi diri, Ah! Aku tak betah lagi; Apa usaha dakwahku tiada seni? Atau istighfarku yang belum cukup menjemput rahmat Ilahi?  Atau mungkin jahiliyyah dosaku masih menutup pintu kasih Ilahi?  Pedih~  Tiadakan daya aku menanti.. Oh Tuhan! Kembalikan aku pada iman. Kekalkan aku dalam ketenangan. Agar hatiku senantiasa kesegaran; Hidup Celik Kedahagaan mencari keredhaan Perbekalan sepanjang perja...

Of elective

Terasa mcm kena banned je dgn doktor2 kat tempat elektif ni. Hurmmm.. Dah offended sesape ke? Padahal pasal lab coat je pon. Sedey sy mcm ni~~ -.-"