Posts

Showing posts with the label hadith

Aku lebih Pengasih kepada hamba-hambaKu, daripada kasih sayang ibu terhadap anaknya

Sebuah Hadith Qudsi yang cukup menyentuh qolbu: Allah telah bertitah di dalam sebuah hadith qudsi yang bermaksud, “ Hamba-Ku menyombongkan diri terhadapKu dengan pelbagai attribut kemegahan, padahal Akulah yang melindungi mereka di tempat tidur mereka. Antara-Ku, dan jin serta manusia, terjadi berita besar, bahawa Akulah yang menciptakan, namun yang disembah adalah selain-Ku. Aku memberi rezeki namun, selainku yang disyukuri, kebaikan-Ku sentiasa turun kepada para hamba, tetapi kejahatan merekalah yang naik kepadaKu. Aku mencintai mereka dengan mengurniakan mereka nikmat-nikmatKu, sedangkan Aku tidak memerlukan mereka. Mereka memancing kemurkaan-Ku dengan pelbagai kemaksiatan, padahal merekalah yang paling perlu kepadaKu. Sesiapa yang datang kepadaKu, maka ia akan kujemput dari kejauhan. Sesiapa yang berpaling dari-Ku, Aku akan memanggilnya dari kejauhan. Sesiapa yang meninggalkan sesuatu demi Aku, akan kuberikan kepadanya lebih dari cukup. Sesiapa yang menginginkan keredhaanKu,...

of cinta

Rasulullah SAW bersabda:Kamu tidak akan beriman sehingga kamu berkasih sayang. Mereka berkata : "Kami semua pengasih" Rasulullah SAW bersabda : "Sesungguhnya bukanlah mengasihi seorang sahabatnya sahaja, akan tetapi membawa rahmat kepada manusia, mengasihi semua manusia". (Riwayat Tabrani) source: iluvislam

hidup dan akhirat

Image
“Pada hari kiamat didatangkan orang yang paling nikmat hidupnya sewaktu di dunia dari penghuni neraka. Lalu ia dicelupkan ke dalam neraka sejenak. Kemudian ia ditanya: ”Hai anak Adam, pernahkah kamu melihat suatu kebaikan, pernahkah kamu merasakan suatu kenikmatan?” Maka ia menjawab: ”Tidak, demi Allah, ya Rabb.” Dan didatangkan orang yang paling menderita sewaktu hidup di dunia dari penghuni syurga. Lalu ia dicelupkan ke dalam syurga sejenak. Kemudian ditanya: ”Hai anak Adam, pernahkah kamu melihat suatu kesulitan, pernahkah kamu merasakan suatu kesengsaraan?” Maka ia menjawab: ”Tidak, demi Allah, ya Rabb. Aku tidak pernah merasakan kesulitan apapun dan aku tidak pernah melihat kesengsaraan apapun.” (HR Muslim 5018)

Motivasi Untuk Terus Mencintai

Kadang-kadang kita rasa letih untuk terus kuat, sebab terlalu banyak ujian..kadang-kadang la..kalau bukan kita mungkin sebenarnya saya je :) Tapi sayang, sebab ketika kadang-kadang itu sebenarnya kita terlupa yang Dia tak pernah letih untuk sayang pada kita. Kata kawan saya, bila orang sayang awak maknanya ALLAH sayang awak. Dia menyampaikan sayang tu melalui orang-orang itu. Malah sayang kita pada sesiapa pun, perasaan kita yang simpati, kasihan dan cinta itu adalah sebahagian dari rahmat ALLAH. Itu contoh sayang ALLAH. Bila kawan saya cakap yang ini terngiang-ngiang firman ALLAH surah Ali-Imran “ Maka berkat rahmat Allah, engkau (Muhammad) berlaku lemah-lembut terhadap mereka . Sekiranya engkau bersikap keras dan berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekitarmu. Kerana itu maafkanlah mereka dan mohonlah ampunan untuk mereka dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Su...

doa

“Doa seorang muslim kepada saudara muslimnya secara ghaib (tanpa pengetahuan saudaranya) adalah mustajab (diterima), di sisi kepalanya malaikat yang diutus Allah setiap kali dia mendoakan saudara muslimnya dengan doa yang baik, dan berkatalah malaikat itu, amin!, engkau juga beroleh manfaat yang sama.” (Riwayat Muslim).

bersederhana

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia berkata perkara yang baik atau diam. Dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia memuliakan tetamunya. (Riwayat Bukhari dan Muslim) Islam adalah agama yang mengajar umatnya nilai peradaban yang tinggi serta sopan santun yang terpuji. Maka individu yang benar-benar beriman semestinya akan mengamalkan segala ajaran Islam untuk menjaga keselamatan dirinya iaitu dengan memelihara percakapannya demi menjaga hubungan baik dengan jiran-jiran dan sahabat-sahabatnya sesuai dengan keadaan masing-masing. Sebelum berkata hendaklah berfikir terlebih dahulu, bila didapati tidak ada bahaya kerananya, berkatalah, tetapi jika sebaliknya diamlah kerana diam yang tepat pada waktunya adalah sifat orang yang terpuji melainkan jika diam dari mengatakan yang hak dan menegur se...

suatu pandangan baru

"Barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya, jika ia tidak mampu cegahlah dengan lisannya, dan apabila tidak mampu maka dengan hatinya. Yang demikian itu adalah selemah-lemah iman."  (Hadits riwayat Imam Muslim).   Kalau sebelum ni, hadis ni selalu dikaitkan dengan urgency untuk kita mengubah kemungkaran yang berlaku depan mata kita dengan menyuruh orang untuk meninggalkan perbuatan itu, atau menegur atau andai tidak mampu..tolak dengan hati, tidak meredhai pada perbuatan itu. Itu cara faham yang saya selalu dengar sebelum ni.  Kadang-kadang pula ada versi  lain, di mana orang kata, ada setengah-setengah orang yang lain, mengambil hadis ini sebagai suatu yang membenarkan diri mereka untuk hanya menolak sesuatu kemungkaran dalam hati, tanpa ada usaha untuk mengelakkan/membanteras kemungkaran itu dari berlaku.  Tapi kali ni, saya rasa pandangan ini (Kang Zain: Spiritual Sinergi Semesta ) menarik. Ia seak...

Perkongsian: Solat Sunat di Rumah

Image
Diriwayatkan dari Zaid bin Tsabit, bahawasanya Nabi SAW pernah bersabda: " Solatlah kamu wahai manusia di rumah-rumah kamu, kerana sesungguhnya shalat yang paling utama adalah solat yang dilakukan seseorang di dalam rumahnya, kecuali solat-solat wajib"  (HR Bukhari dan Muslim) Diriwayatkan dari Umar bin Atha', bahawasanya Nafi' bin Hubair pernah mengutusnya ke Sai'b bin saudara perempuan Namir untuk menanyakan tentang solat sunah yang dilakukan oleh dia bersama Mua'wiyah. Maka ia menjawab: " Ya, aku solat bersama Mua'wiyah di istana. Ketika imam telah salam, maka aku bangkit untuk melaksanakan solat sunat ditempat aku solat tadi. Ketika Mua'wiyah masuk ke dalam rumahnya ia memanggil aku seraya berkata, " Jangan kamu ulangi apa yang kamu lakukan tadi, jika kamu melakukan solat Jumaat, jangan kam ikuti dengan solat sunat sehingga kamu berbincang-bincang atau ke luar dari masjid, oleh kerana sesunggguhnya Rasulullah menyuruh kami seperti itu, ...