friends: of being apart
untuk sahabat-sahabat, aku katakan pada kamu aku tidak sedih andai kita berjauhan jika aku tahu kamu di sana sedang berusaha membawa dirimu dekat padaNya sedang gigih membangunkan kecintaan pada Tuhan dalam hati yang lain jua sedang tabah menghadapi cabaran dunia dalam menyebarkan keindahan agama sedang ikhlas menyambung ukhuwah dan silaturahim, hanya atas nama kasih Tuhan aku tidak sedih benar aku tidak sedih bertebarlah sahabat bertebarlah demi itu dan aku akan terus bergembira cuma jangan lupakan aku dalam doamu supaya aku, insan yang jauh dari tazkirah-tazkirah dan ingatan-ingatan indah darimu ini tidak keciciran supaya walaupun berjauhan, kita masih punya peluang untuk bertemu di dunia sana dengan benar atas rahmat Tuhan bukankah Rasul sudah katakan insan yang bertemu dan berpisah kerana Tuhan itu, balasannya Syurga mana mungkin aku sedih dan berduka andai janjinya sudah begitu ps: mungkinlah akan teras...