Motivasi Untuk Terus Mencintai
Kadang-kadang kita rasa letih untuk terus kuat, sebab terlalu banyak ujian..kadang-kadang la..kalau bukan kita mungkin sebenarnya saya je :) Tapi sayang, sebab ketika kadang-kadang itu sebenarnya kita terlupa yang Dia tak pernah letih untuk sayang pada kita. Kata kawan saya, bila orang sayang awak maknanya ALLAH sayang awak. Dia menyampaikan sayang tu melalui orang-orang itu. Malah sayang kita pada sesiapa pun, perasaan kita yang simpati, kasihan dan cinta itu adalah sebahagian dari rahmat ALLAH. Itu contoh sayang ALLAH. Bila kawan saya cakap yang ini terngiang-ngiang firman ALLAH surah Ali-Imran “ Maka berkat rahmat Allah, engkau (Muhammad) berlaku lemah-lembut terhadap mereka . Sekiranya engkau bersikap keras dan berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekitarmu. Kerana itu maafkanlah mereka dan mohonlah ampunan untuk mereka dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Su...