Posts

Showing posts with the label tulisan

Teapots of Sodiqeen

My lovely sisters made a poem and sent it to us in one lovely Jumuah morning. One of us, replied to and made my day: I'm a little teapot Nice and round One thing I'm very fond Pouring out tea Into cups I found I'm a little teapot I live to serve Come guests To please I love One small trouble With my little self Once I finish serving I go back to the shelf You see it saddens me If I'm empty For how can it be For me to serve more When what I have in me There's nothing left to pour I need a refill please A top up some may say To continue filling up The empty cup Or I shall give up Not because I refuse But what is the use Of, An empty teapot Give more I cannot Please queue for your refill at the kiosks available. The reply was:  o little teapot, come closer as the tea is here, waiting for you to come near, o little teapot  if you are coming here, please do open your lid, coz even though you are near, i can only ...

Ausini ya ukhti

Bila kita meminta nasihat  "Ausini ya ukhti" Harapkanlah nasihat yang mendekatkan redha Allah dari kata-kata manis yang memenangkan nafsu amarah mahupun lagha; "Jangan kamu marah" Tak bermakna perbuatan yang menyebabkan kita marah tu benar, tapi perbuatan tidak marah tu yang mendatangkan kebaikan pada KITA; "Jagalah masa kosongmu. Bersihkan diri dari dosa, lagha dan maksiat" Itukan pesan Allah dalam AlQuran dan Hadis.  Nasihat tu sendiri adalah untuk mendatangkan kebaikan bukan kecelakaan. Jadi mintalah nasihat untuk dimudahkan jalan kepada redha Allah; kebaikan dunia dan akhirat. Bukan meringankan jalan kepada kekufuran, kefasikan dan kemaksiatan. *********** "Dan ketahuilah olehmu bahawa di kalanganmu ada Rasulullah, kalau ia menuruti (kemauan)mu dalam beberapa urusan, benar-benarlah kamu akan mendapat kesusahan, tetapi Allah menjadikannu cinta kepada keimanan dan MENJADIKAN IMAN ITU INDAH DALAM HATIMU serta menjadikanm...

Jalan kembali seorang jundi

Image
i Kembali lagi seorang jundi Datangnya dulu menyentuh hati Sopan dan halus tuturnya menjadikan aku kerdil di hati Mengenangkan masih kasar tingkah dan keras hati sendiri Saat suatu mabit membina iman dan taqwa pada Ilahi Dikongsikan ibrah 'surat seorang jundi buat qiyadah yang dia kasihi' Saat itu timbul gangguan di hati kerana hatiku sendiri masih enggan memberi  Demi membumikan ukhuwah dan tsiqah dalam timbal balik yang murni Tapi, perkongsiannya itu tetap antara tangga yang melembutkan hati Memuhasabah nilai dan sifatku sendiri Kini dia telah pergi Suami dan temannya menjadi saksi Dia telah menunaikan janji pada Tuhannya sepenuh hati Moga Engkau terima setiap amalnya dia,  Seorang jundi juga murabbi. ii Pada pengamatan kecilku  Jiwa-jiwa yang pergi dahulu  Mereka mengajar hikmah menjadi air yang mengalir  Dan terkadang menderu laju Ia mampu membersih dan membentuk  Tiap permukaan yang ia sen...

Bila hati berlagu, ingatlah Tuhanmu merindu

Terkadang datang waktu Kita melihat kembali saat yang telah berlalu  Merenung, mengira kehilangan satu persatu Pedih, perit datang bertalu Ah, itulah manusia yang syukurnya tiada pernah padu Sedang tiap saat padahalnya dipenuhi barakah beribu Malu Tidakkah kita malu? Dan syukur itu,  Andai memenuhi kalbu Kita takkan pernah 'kan rasa sendu berlagu Kekosongan tidak 'kan terusan menyebu Kita pasti 'kan diulit kasih yang merdu Pada Dia Yang Satu Kita pasti 'kan gegas ingin sujud padaNya selalu Kerana Dia senantiasa menunggu Menunggu doa kita dengan penuh rindu Wahai hambaKu, berdoalah padaKu Aku ingin mendengar rintih jujur darimu Tahulah wahai hambaKu CintaKu, ampunKu Lebih hebat dan luas dari murkaKu Hanya sahaja pilihan itu Terletak pada lembutnya hatimu sebagai hambaKu Kembalilah engkau padaKu dan hadapkanlah wajahMu sepenuhnya padaKu sehingga Aku redha padaMu dan engkau redha padaKu Kemenangan, kebahagiaan, kesempurnaan, ketenangan dan segalanya pasti 'ka...

Kerehatan dan Kelalaian

Image
Pintu ditutup. Delia berjalan menuju ke meja tulisnya. Segala yang lain tidak diendahkan. Dia menarik kerusi berkusyen lusuh yang sentiasa setia menemani meja tulisnya. "Alhamdulillah" lega rasa badan saat melabuhkan punggungnya pada kusyen kerusinya. Delia membetulkan duduknya. "Allahu Rabbi..." lafaznya dengan penuh rasa takjub, syukur dan rindu. Delia takjub pada Rabbnya yang telah memelihara dan menyusun hidupnya. Tiap-tiap saat kehidupan yang dilaluinya benar-benar meninggalkan kesan pada hatinya. Beberapa lama telah berlalu, rasanya mungkin dua atau tiga minggu yang lalu, perasaannya terasa sempit, jiwanya tersiksa. Dia bersedih. Padanya dia menyangka Tuhan Rabbul 'alamin sedang marah kepadanya. Dalam tugasan dan tanggungjawab yang datang bertimpa-timpa minta diselesaikan, dia gagal menunaikan beberapa hak tanggungjawabnya. Mulanya dia menerima itu sebagai kelemahan diri. Tapi semakin lama, Delia semakin teruji. Hatinya dirudung kerisauan dengan tugas...

Kerana perasaan masih bersisa?

Tik: Ila, sudah awak beritahu Wafaa pasal program esok? Ila: Ohh, saya ingatkan Laili sudah beritahu Perbualan putus di situ dan Tik berlalu pergi. Kelibatnya hilang di balik pintu menuju ke dapur. Wafaa dan Ila adik-beradik usrah. Sudah dua tahun. Tahun pertama tahun mereka mula kenal satu sama lain. Grmbira. Tahun kedua, tahun cabaran kerana tahun ini persahabatan dan keikhlasan masing-masing diuji. Tahun kedua, tahun sejarah bagi Ila. Kerana dia merasakan kehilangan seorang sahabat. Pada mulanya dia merasakan Wafaa menjauhkan diri darinya kerana dia semakin aktif dalam menyumbang kepada dakwah dan tarbiyah di kawasan mereka. Dia merasakan sikap Wafaa semakin berubah hari demi hari. Semakin menjauh darinya. Sejak itu juga dia menjauhkan diri. Baginya, andai itu akan lebih menyenangkan hati Wafaa maka apa salahnya untuk dia memberinya sedikit ruang. Tambahan pula Wafaa sering menghadapi cabaran dalam persahabatannya dengan Zaleha. Zaleha sahabat yang sangat rapat dengan Wafaa...

harapan ramadhan 1

  Dear diarie,                                                     Ambang Ramadhan.  Ramadhan tahun ini sangat dinanti. Penuh rasa rindu dan harapan. Sebulan sebelum 1 Ramadhan menjenguk tetingkap hidupku, aku dan rakan-rakan siap siaga menanti. Sekurang-kurangnya itulah yang kami rasa. Menanti datangnya bulan Rahmat dan Tarbiyah. Bulan membina taqwa . Benar, Sakinah ingin memburu sakinahnya dari Ramadhan tahun ini. Bekal untuk dia gunakan sepanjang kehidupannya yang akan datang, sehingga maut datang menyambut...  Dia sudah berkira-kira. Sakinah ingin memperbanyakkan tilawahnya. Memperhebatkan solat-solat sunatnya. Memantapkan amalan-amalannya. Ah, banyak benar cita-cita dan harapannya untuk Ramadhan kali ini.  Dia benar-benar ingin berubah. Ingin menjadi insan yang lebih baik. ' Aim for the best akhlak . The best of akhlak that I can!'...

Dunia Tuhan ini unik (sudah) (^.^)

Bismillah, Haritu saya katakan ingin bercerita sesuatu tentang dunia Tuhan yang unikkan? Ini saya coretkan tapi dalam bentuk cerita. Untuk Harishah yang menanti, harapnya tidak sia-sia buat awak :) Dunia Tuhan ini unik