i Kembali lagi seorang jundi Datangnya dulu menyentuh hati Sopan dan halus tuturnya menjadikan aku kerdil di hati Mengenangkan masih kasar tingkah dan keras hati sendiri Saat suatu mabit membina iman dan taqwa pada Ilahi Dikongsikan ibrah 'surat seorang jundi buat qiyadah yang dia kasihi' Saat itu timbul gangguan di hati kerana hatiku sendiri masih enggan memberi Demi membumikan ukhuwah dan tsiqah dalam timbal balik yang murni Tapi, perkongsiannya itu tetap antara tangga yang melembutkan hati Memuhasabah nilai dan sifatku sendiri Kini dia telah pergi Suami dan temannya menjadi saksi Dia telah menunaikan janji pada Tuhannya sepenuh hati Moga Engkau terima setiap amalnya dia, Seorang jundi juga murabbi. ii Pada pengamatan kecilku Jiwa-jiwa yang pergi dahulu Mereka mengajar hikmah menjadi air yang mengalir Dan terkadang menderu laju Ia mampu membersih dan membentuk Tiap permukaan yang ia sen...