Posts

Showing posts with the label thought

Dendam & Menghuni Syurga

Image
AYAT BERTANDA KUNING  Dulu bila terbaca ayat ni, suka sanga disebabkan oleh ayat bertanda kuning tu. Ia menggambarkan kesyukuran seorang hamba yang betul-betul rendah hati terhadap nikmat petunjuk dan izin Allah untuk dia kekal dalam iman dan amal soleh selama dia di  dunia. Sangat rendah hati. Sebab tiada pun dia claim sebab masuk syurga tu adalah atas amal yang dia dah buat di dunia, instead dia kata Alhamdulillahilladzi hadaana li haaza- segala puji bagi Allah yang telah memberi kami petunjuk. Cantiknya akhlak hamba yang Allah izinkan masuk syurga. Orang kata kalau nak masuk syurga, kat dunia ni kena usaha dan cuba hidup dengan akhlak-akhlak macam tu la juga. Increase the chances of dapat redha Allah hence masuk syurga.  AYAT BERTANDA MERAH Oh now, my actual point. Harini, bila baca balik ayat ni sekali lagi. Mata dan akal terhenti pada beberapa perkataan dalam ayat tu: Kami cabut segala dendam yang ada dalam dada mereka.  Dulu...

Of life and advice

You can have 100 people telling you that the sky is blue, but it may take the 101 to make you actually turn to it and appreciate it.  The one who inspired me to write this quote does not understand it so I tried to explain to her in simple words. So for those who do not understand this 30 words quote you can read the examples I gave below. Hohohoho :  Cth 1: Kalau mak ckp kat anak dia.. Engkau ni nakal la hai.. Mesti bdk tu mcm, mak ak ni suka sgt membebel. Sikit2 xkena. Sikit2 xkena. 10 thn mak dia tegur dan bersabar. 10 thn tu jg la dia x faham. Tp bila dah besar, jumpa kawan yg dia start jd rapat. Dah kenal spend masa banyak2. Tertiba satu hari kawan dia ckp: engkau ni boleh tahan nakal jg kan? Tiba2 dia terhenti: dan tanya.. Laaa yeke? Kot mana nakal tu?. Masa tu baru dia nak belajar faham... Cth 2: kalau kita ad masalah.. Kita mcm blurrr nak buat ap dlm hidup. Cth lepas spm. Xtahu nak blajar ap, pastu ad la kakak kita cthnya dtg ckp alaaa cuba fikir ap y...

Hidup beriman

Hidup ini bukan hanya untuk menyusun kata, tapi ia untuk membuktikan rasa. Menyemai benih di dalam dada. Bunganya wajib segar tanpa paksa. 

Akhir Tahun 2014

The year is leaving and people left and will be as well. I can't stop myself writing this so bare with me   *Although somebody did not agree with the analogy cause she thinks udara dan pernafasan happens too quickly.. Incomparable to this.. i still think it does* PERTEMUAN   Manusia itu ibarat udara Datangnya mengisi ruang dada Memberi kita kehidupan Dalam pelbagai cara- kebahagiaan atau juga pengajaran Selesai Maka pergilah ia Meninggalkan dada kosong Menanti diisi lagi Kosong? Hakikatnya, nafas seketika itulah yang telah menyambung saat Pergilah, isi jiwa lain dengan kenikmatan kehidupan Tiupkan padanya rasa dan makna kehambaan Udara yang menyegarkan pasti kan dihirup dalam-dalam Agar gagah urat jiwa Bersedia menempuh dunia Kerana Tuhanlah, manusia menjadi nikmat Sebagaimana udara memberi manfaat

#ikatan

Terkadang satu simpulan perlu dirungkai Agar kusutnya terlerai Disulam kembali berurat jelas Agar ikatannya bersih berhias Hanya bersama ikhlas Allah.

Sejuta nikmat

Dalam sejuta nikmat yang kita pinta Terkadang Tuhan Yang Maha Pengasih itu menahan satu Supaya nanti kita kekal duduk bersipu Berdoa memohon dalam lafaz sendu "Ya Ilahi Rabbi Malikul Karim.. aku perlu, aku mahu" Rendah hati. Dalam sejuta nikmat yang kita perlu Terkadang Tuhan Yang Maha Berkuasa itu menganugerahkanya hanya seketika Agar kita kekal terikat hanya pada Dia bukan pada dunia Agar kita redha tatkala ujianNya yang lain datang menimpa "Ya Rabbi Rabbul Alamin.. sabarkan aku dalam didikan kasihmu" Kelembutan jiwa. Wahai Tuhan, Benarlah hidup sebagai hambaMu itu indah tiada terkata Maknanya hanya pada yang merasa Kekalkan aku dalam kasih setia Terusan bersulam dengan rasa hamba Yang menghidupkan aku hingga nafas putus dari jiwa ‪#‎ rumahsakittakberubat‬  :')

Jalan kembali seorang jundi

Image
i Kembali lagi seorang jundi Datangnya dulu menyentuh hati Sopan dan halus tuturnya menjadikan aku kerdil di hati Mengenangkan masih kasar tingkah dan keras hati sendiri Saat suatu mabit membina iman dan taqwa pada Ilahi Dikongsikan ibrah 'surat seorang jundi buat qiyadah yang dia kasihi' Saat itu timbul gangguan di hati kerana hatiku sendiri masih enggan memberi  Demi membumikan ukhuwah dan tsiqah dalam timbal balik yang murni Tapi, perkongsiannya itu tetap antara tangga yang melembutkan hati Memuhasabah nilai dan sifatku sendiri Kini dia telah pergi Suami dan temannya menjadi saksi Dia telah menunaikan janji pada Tuhannya sepenuh hati Moga Engkau terima setiap amalnya dia,  Seorang jundi juga murabbi. ii Pada pengamatan kecilku  Jiwa-jiwa yang pergi dahulu  Mereka mengajar hikmah menjadi air yang mengalir  Dan terkadang menderu laju Ia mampu membersih dan membentuk  Tiap permukaan yang ia sen...

Wahai jundi dakwah yang setia

Aku tulis sajak ini kerana cintanya aku pada teman-teman di jalan dakwah dan tarbiyah ini. Saat mendengar rajuk teman menjadikan dia tawar hati dan ragu pada jalan dakwah, perasaanku gusar. Setelah melihat beberapa yang mengundur diri atau minta untuk direhatkan, aku tidak sanggup melihat ia berlaku lagi. Aku cinta pada setiap satu maka aku harapkan ketabahan dan kesabaran pada hati tiap jundi dakwah ini.  Hai teman, andai pernah kamu terasa kecewa dengan dakwah, jemaah atau ukhuwah, muhasabahlah. Sesungguhnya ia sebahagian dari kemanusiaan dakwah dan jemaah. Ukhuwah tidak akan manis melainkan kita yang memaniskan. Dan selemah-lemah ukhuwah adalah berlapang dada. Setinggi-tingginya adalah itsar. Nikmat manis ukhuwah bukan percuma, tapi ia kurniaan. Andai engkau tidak merasainya, redhalah bahawa Tuhan belum menginginkannya untukmu. Rendah hatilah pada Yang Esa, moga kedamaian dalam cinta kepadanya membawa kamu kepada merasa manisnya madu ukhuwah fillah.  ******************...

Bila hati berlagu, ingatlah Tuhanmu merindu

Terkadang datang waktu Kita melihat kembali saat yang telah berlalu  Merenung, mengira kehilangan satu persatu Pedih, perit datang bertalu Ah, itulah manusia yang syukurnya tiada pernah padu Sedang tiap saat padahalnya dipenuhi barakah beribu Malu Tidakkah kita malu? Dan syukur itu,  Andai memenuhi kalbu Kita takkan pernah 'kan rasa sendu berlagu Kekosongan tidak 'kan terusan menyebu Kita pasti 'kan diulit kasih yang merdu Pada Dia Yang Satu Kita pasti 'kan gegas ingin sujud padaNya selalu Kerana Dia senantiasa menunggu Menunggu doa kita dengan penuh rindu Wahai hambaKu, berdoalah padaKu Aku ingin mendengar rintih jujur darimu Tahulah wahai hambaKu CintaKu, ampunKu Lebih hebat dan luas dari murkaKu Hanya sahaja pilihan itu Terletak pada lembutnya hatimu sebagai hambaKu Kembalilah engkau padaKu dan hadapkanlah wajahMu sepenuhnya padaKu sehingga Aku redha padaMu dan engkau redha padaKu Kemenangan, kebahagiaan, kesempurnaan, ketenangan dan segalanya pasti 'ka...