Posts

Showing posts from June, 2012

Kerana perasaan masih bersisa?

Tik: Ila, sudah awak beritahu Wafaa pasal program esok? Ila: Ohh, saya ingatkan Laili sudah beritahu Perbualan putus di situ dan Tik berlalu pergi. Kelibatnya hilang di balik pintu menuju ke dapur. Wafaa dan Ila adik-beradik usrah. Sudah dua tahun. Tahun pertama tahun mereka mula kenal satu sama lain. Grmbira. Tahun kedua, tahun cabaran kerana tahun ini persahabatan dan keikhlasan masing-masing diuji. Tahun kedua, tahun sejarah bagi Ila. Kerana dia merasakan kehilangan seorang sahabat. Pada mulanya dia merasakan Wafaa menjauhkan diri darinya kerana dia semakin aktif dalam menyumbang kepada dakwah dan tarbiyah di kawasan mereka. Dia merasakan sikap Wafaa semakin berubah hari demi hari. Semakin menjauh darinya. Sejak itu juga dia menjauhkan diri. Baginya, andai itu akan lebih menyenangkan hati Wafaa maka apa salahnya untuk dia memberinya sedikit ruang. Tambahan pula Wafaa sering menghadapi cabaran dalam persahabatannya dengan Zaleha. Zaleha sahabat yang sangat rapat dengan Wafaa