Posts

Showing posts from March, 2011

taqarrub dan ikhlas

Andai hadis ini begini :    nabi bersabda bahawa Allah ta'ala berkata, "  keikhlasan   itu salah satu rahsia-ku yang aku titipkan dalam hati  hamba-Ku yang Aku cintai ."  SubahanAllah . ikhlas itu adalah rahsia Allah. tiada siapa yang mampu mengungkapkan keikhlasan dalam hatinya. dan hadith ini begini: Daripada Abu Hurairah r.a, beliau berkata : “Rasulullah s.a.w bersabda :” Sesungguhnya Allah s.w.t berfirman :”Barangsiapa yang memusuhi wali-Ku, maka Aku isytiharkan perang terhadapnya. Tidaklah seorang hamba mendekatkan diri kepada-Ku dengan melakukan sesuatu amalan yang lebih Aku sukai selain daripada apa yang telah Aku fardhukan kepadanya.  Dan tidaklah seorang hamba itu sentiasa mendekatkan diri kepada-Ku dengan mengerjakan amalan-amalan sunat, kecuali Aku akan mencintainya . Jika  Aku telah mencintainya, Aku adalah pendengarannya yang dia mendengar dengannya, penglihatannya yang dia melihat dengannya, tangannya yang dia mengambil sesuatu tindakan dengannya dan ka
ps: dah lama sangat tak menulis sesuatu rasanya. i mean something that i really put my own thoughts into it. (smile) well, things have been very busy recently. anyway what i want write? hurmmm...  there are quite so many new things happening these couple of weeks. dont really know what to write actually. but, i feel like writing this.  jiwa pasti bergetar bila mengenangkan apa yang kita sayang berputiklah rindu  berkembanglah kasih  hidup indah  sayanglah andai kenangan itu hanya pada suatu yang mungkin akan tinggalkan kita semata kerana jiwa itu pasti mati tatkala hilangnya apa yang kita kenang itu  tapi mungkin juga tidak  tapi hakikatnya tetap sayang kerana kenangan itu tetap sesuatu yang tidak pasti kenanglah segalanya beserta dengan kenangan yang paling kuat menggetarkan jiwa dengan kenangan yang pasti hakikatnya menggetarkan jiwa sampai ke hembus nafas akhir kita kenanglah mereka kerana DIA kenanglah ia kerana DIA kenanglah dunia kerana DIA hanya DIA  pasti getaran itu
hidup mulia atau mati syahid
ALLAH tu Maha Pengasih Maha Penyayang cuma kita saja yang lalai untuk membalas kasih sayangnya sehinggakan kita tega memenangkan hawa' lebih dari keimanan penyakit-penyakit jiwa
  "Apabila kamu merasa   letih   kerana   berbuat kebaikan,   maka sesungguhnya   keletihan   itu   akan hilang dan   kebaikan   yang dilakukan   akan terus kekal.   Dan sekiranya kamu   berseronok dengan dosa , maka sesungguhnya   keseronokan   itu   akan hilang   dan   dosa  yang dilakukan   akan terus kekal. "  ~   [Saidina Ali bin Abi Talib]

kuiz festival alam (1)

di mana dalam al-Quran menceritakan tentang festival alam yang gilang-gemilang, penuh kemuliaan, penuh sesak dan penuh dengan ketenangan yang tiada dalamnya sedikit kejahatan pun. festival alam yang mana di dalamnya hanya VVIP sahaja yang akan hadir yang mana pada hari itu yang diucapkan hanya kata-kata kemenangan dalam festival itu juga para pemenang mendapat kemuliaan yang amat besar yang harga dan perasaannya lebih besar dari seluruh kehidupannya kemuliaan yang infiniti. cuba teka :)

pabila islam yang benar tiada di hati

suatu mala itu aku pulang sangat lewat sangat-sangat lewat, kalau tahu dek mak abah pasti kena ayat ' tak manis ' punya la tapi malam itulah aku terdetik dalam hati aku inilah dia suasananya pabila islam yang benar tiada di hati sangat sayu botol-botol itu di tangan sesiapa sahaja dipecahkan di mana sahaja ditinggalkan di mana sahaja kereta.. tatkala malam sudah sangat-sangat lewat malah padahal dinihari sudah makin mendekat kereta-kereta berderetan rancak memenuhi jalan menjemput muda-mudi ke sana astaghfirullah ini di bumi permaisuri dan sedar juga aku bahawa suasana ini sama rancak sahaja di tanah sana kenang-kenangkan lah wahai jiwa dan jiwa-jiwa kenang-kenangkanlah semoga ia lebih menggerakkan kaki tangan yang kian lama akan lemah, kasal, futur kenang-kenangkanlah

4 tempat pelik dalam al-Quran

Image
it has been long since i wrote my own post and this is still a copy paste... there are some words i wanted to write but nothing comes out. hurm...waiting for the signals. hahaha.... may this copy paste be useful to us :) Cuba kita selak semula lembaran hidup kita. Sepanjang kita bergelar muslim, berapa kali kita sudah khatam al-Quran. Jika setahun sekali, alhamdulillah. Jika sebulan sekali, itu sudah cukup bagus! Tetapi persoalannya, yakinkah kita bahawa bacaan kita itu menepati kaedah sebenar yang diajar Nabi s.a.w? Tolak tepi  makhraj  Arab yang agak sukar disebut oleh orang Melayu kita (kecuali jika benar-benar dilatih oleh guru al-Quran), bagaimana pula dengan benda-benda  basic ? Dalam post kali ini, saya akan tunjukkan 4 tempat di dalam al-Quran yang bacaannya agak pelik sedikit dari biasa, di mana anda boleh menguji bacaan dan tahap pengetahuan anda. Jika kita selama ini kita tersalah baca, bermakna kita sudah silap strategi. Kita terlalu fokus pada ' kuantiti &#

beri hati

ahh...banyak betul nak post hari ni :) "Kepunyaanmu adalah sempurna, namun aku tidak sesekali akan menukarnya dengan hatimu. Andai saja kau lihat wahai anak muda, setiap bekas luka di hatiku ini mewakili setiap seorang yang telah aku berikan cintaku buat mereka. Aku merobek sepotong hatiku dan memberikannya kepada mereka, dan setiap kali itu juga mereka memberiku sepotong dari hati mereka untuk mengisi tempat kosong di hatiku ini, tetapi kerana potongan-potongan itu tidak tepat, lalu menyebabkan ketidaksempurnaannya, bahkan ia kelihatan kasar dan tidak rata. Namun, aku tetap menghargainya, kerana pemberian mereka mengingatkanku pada cinta yang terbina bersama antara kami. " Panjang lebar bicara orang tua. Si pemuda tampan terpaku mendengar patah katanya. "Kadang-kadang aku telah memberikan potongan hatiku, tetapi orang yang kuberikan potongan hatiku itu, tidak memberikan kembali sepotong hatinya kepadaku. Inilah yang mengakibatkan wujudnya lubang-lubang ini. Kau ta

ingatan-ingatan

"Bila kita sendiri diuji dengan apa yang  sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar  melaksanakan apa yang kita diperkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih  sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia!" ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Hidup dalam lingkungan  hari ini. Kita lebih kuat daripada apa yang kita jangkakan! Justeru, di  sisi orang beriman, Allah sentiasa berada disisi. When God is your friend, who is your enemy? dari: Ustaz Pahrol Mohd Juoi source: iluvislam.com

Manhajul Anbiya' Fi Tazkiyatin Nufus

Menurut Syeikh Salim bin Eid  al-Hilali di dalam kitabnya Manhajul Anbiya' Fi Tazkiyatin Nufus,  proses tazkiyah akan berlaku dengan syarat kita bertakwa dan hanya  akan dicapai dengan langkah-langkah berikut: Al-Musyaratah  ertinya membuat perjanjian seperti seorang usahawan pasti akan menandatangani perjanjian Al-Muraqabah  ertinya selalu mengawasi diri. Apabila seseorang telah mengikat perjanjian, harus baginya merasakan keperluan menjaga dan mengawasi perjanjiannya agar tidak dilanggar. Al-Mujahadah  ertinya bersungguh-sungguh dalam melakukan amalan. Al-Taslim  ertinya menerima segala ketetapan Allah. Al-Ridha  ertinya merasa bahawa segala pemberian Allah adalah yang terbaik buatnya source: iluvislam.com

of cinta

Rasulullah SAW bersabda:Kamu tidak akan beriman sehingga kamu berkasih sayang. Mereka berkata : "Kami semua pengasih" Rasulullah SAW bersabda : "Sesungguhnya bukanlah mengasihi seorang sahabatnya sahaja, akan tetapi membawa rahmat kepada manusia, mengasihi semua manusia". (Riwayat Tabrani) source: iluvislam

perang khandaq . saje2 post

Image
orang yang tidak suka ditegur itu banyak ego

hidup dan akhirat

Image
“Pada hari kiamat didatangkan orang yang paling nikmat hidupnya sewaktu di dunia dari penghuni neraka. Lalu ia dicelupkan ke dalam neraka sejenak. Kemudian ia ditanya: ”Hai anak Adam, pernahkah kamu melihat suatu kebaikan, pernahkah kamu merasakan suatu kenikmatan?” Maka ia menjawab: ”Tidak, demi Allah, ya Rabb.” Dan didatangkan orang yang paling menderita sewaktu hidup di dunia dari penghuni syurga. Lalu ia dicelupkan ke dalam syurga sejenak. Kemudian ditanya: ”Hai anak Adam, pernahkah kamu melihat suatu kesulitan, pernahkah kamu merasakan suatu kesengsaraan?” Maka ia menjawab: ”Tidak, demi Allah, ya Rabb. Aku tidak pernah merasakan kesulitan apapun dan aku tidak pernah melihat kesengsaraan apapun.” (HR Muslim 5018)
...tidak cukup bagi kita sekadar berbicara tentang kehebatan Islam tanpa kita sendiri memahami dengan jelas bagaimanakah Islam yang sebenar... “Sebelum berbangga dengan kehebatan syariah Islam, fahami dulu syariah Islam dengan kefahaman yang sempurna dan menyeluruh, bukan kefahaman yang separuh-separuh atau dari sudut-sudut tertentu.” Dr. Yusuf al-Qardhawi source:  Masukklah ke dalam islam secara kaffah