Posts

Showing posts from May, 2010

Qunut Nazilah

Image

GAZA- tika itu aku sedang menarik selimut

Assalamualaikum wa bismillah, Pagi ni indah sekali tapi permulaannya amat menggamit rasa, Bangun dan membuka inbox email dan dikejutkan dengan hakikat dunia bahawa pada pukul 2 pagi waktu UK  tadi (1030 pagi waktu Malaysia) konvoi ke GAZA diSERANG ISRAEL dan ada yang syahid dan ada yang tercedera... ***** Tapi aku... Tika itu aku sedang menarik selimut... Bersedia mencari kerehatan, menghilangkan kelesuan badan... Sedang tika itu mereka di lautan sana sedang bertarung mempertahankan usaha Bertarung menghadapi kekejaman Ya ALLAH Bertapa kecil aku berbanding mereka Setiap yang beriman pasti menginginkan redha ALLAH Apalah harga hidup di dunia andai tiada redha ALLAH... Banyak cara dan usaha manusia kerjakan bagi mencari redha Yang Esa, Dan kini dunia, lihatlah.. Betapa besar usaha mereka untuk mencari redha ALLAH Sedang kita.... Lihatlah dunia, Tika serangan itu...aku sedang menarik selimut Kamu bagaimana? Bagaimana kita yang kakinya tidak menjejak lantai Mavi M

kerana KITA punya HATI

salam sayang wahai insan sekelilingku... kita punya hati.. dan aku katakan disini bahawa KITA punya hati bukan aku bukan kau KITA kita yang punya hati bersama maka aku dan kamu, kita punya perasaan ada kehalusan yang kadang akan terluka andai kekasaran timbul walau tanpa sedar tapi kesannya lagi terkesan andai disengajakan andai tidak diniatkan mungkin sahaja dimaafkan kerana kita punya hati yang disertai akal boleh dirasionalisasikan andai hati dilukai tanpa niat dan paling utama  kerana ada keimanan tapi masih andai luka diguris dengan niat pasti sakitnya amat parutnya dalam walau lukanya hanya halus dan tidak tampak tapi ingat luka yang dalam pasti sukar untuk sembuh pasti lebih menyakitkan pasti lebih membekas semoga ALLAH dan iman membantu sembuhnya ia sehingga hilang bekas dan parut maafkan aku andai terlalu sensitif tiada niat dihati hanya kerana aku punya hati mungkin salah kerana aku meminta.. padahal aku tidak perlu meminta kerana ALLAH yang membalasnya segala kebaikan

Dan aku juga terketuk....

“Wahai orang-orang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah. Bercakaplah dengan perkataan yang benar. (Nanti) Allah akan membaiki amalan-amalan kamu, mengampunkan dosa-dosakamu. Sesiapa yang mentaati Allah dan RasulNya maka sesungguhnya dia telah berjaya dengan kejayaan yang besar”   (Al-Ahzab:71). Sharing dari Ijah... Jazakillah...dan aku juga terketuk...

KENAPA dan APA...

KENAPA AKU DIUJI? “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yg dusta.” -Surah Al-Ankabut ayat 2-3 KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN? “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” -Surah Al-Baqarah ayat 216 KENAPA UJIAN SEBERAT INI? “Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” -Surah Al-Baqarah ayat 286 RASA FRUST? “Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman.” - Surah Al-Imran ayat 139 BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA? “Wahai orang-orang yang beriman!

Big bang tu potensi kita?

Image
Ketika menemani sahabat saya bersarapan pagi tadi, ASTRO melalui saluran HISTORY memaparkan serba-sedikit tentang mata rantai panjang kejadian alam semesta ini. Ia bermula daripada Big Bang. Sebelumnya, hanya ada satu atom sahaja. Proton dan neutron, yang senantiasa dikelilingi dan dilinkari oleh electron. Tapi, terdapat daya “tarik-menarik” dan “tolak-menolak” di antara kedua proton dan neutron itu, hingga akhirnya menghasilkan sebuah letupan yang besar. Dan daripada letupan besar bergelar big bang itu, terciptalah semua yang kita lihat di alam maya ini. Langit. Bumi. Gunung-ganang. Dan kekosongan angkasa yang memenuhi ruang-ruangnya.   Menarik. Sangat menarik. Rupa-rupanya semua yang memenuhi ala mini –kecuali manusia barangkali, kerana kita asalnya dari Syurga- tercipta dek sebuah atom. Hanya sebuah. Namun, “interaksi” dan “tindak balas” sebuah atom itulah, yang kemudiannya memulakan kehidupan. Dan, sebutir atom itu jugalah yang telah melahirkan kepelbagaian. Konon,

Distorted image of Muslims, Islam and The Beloved Prophet

Bismillahirrahmanirrahim, couple of days ago i've been listening to sum rumours (may be not really rumours, just that a news that i dunno ho =w seious it would be). They were..... just cant write now, i'll paste the link first... i'll write later T.T The distorted image or just hatred ? Why do people have to do this? 

Lelaki Penggenggam Hujan..Indah!

Lelaki ini adalah Otak Strategi Perang “Parit” Di Madinah seorang Muslimah, telah mengambil hatinya Bukan sebagai KEKASIH…. Tapi sebagai sebuah PILIHAN.. ... Pilihan menurut perasaan yang halus, juga ruh yang suci. Menikah. Iya hanya Menikah, jalan itu… Tapi Madinah adalah tempat asing untuknya… Madinah memiliki adat, rasa bahasa, dan rupa-rupa yang belum begitu dikenalnya Ia berfikir, melamar seorang gadis pribumi tentu menjadi sebuah urusan yang pelik bagi seorang pendatang…. Harus ada seorang yang akrab dengan tradisi Madinah berbicara untuknya dalam khithbah… Maka disampaikannyalah gelegak hati itu kepada shahabat Anshar yang dipersaudarakan dengannya, Abud Darda’. ”Subhanallaah.. wal hamdulillaah..”, girang Abud Darda’ mendengarnya Mereka tersenyum bahagia dan berpelukan. Maka setelah persiapan dirasa cukup, beriringanlah kedua shahabat itu menuju sebuah rumah di penjuru tengah kota Madinah. Rumah dari seorang wanita yang shalihah lagi bertaqwa. ”Saya ada

dua perkara

Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar,sesiapa yang gagal dalamnya,tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar.Iaitu  sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya,lalu ia berusaha mengikutinya ,dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya. . ( Riwayat At-Tirmidzi, 4/665 ; Hadis Sohih menurut Tirmidzi dan Albani)

Takahashi, 5 Menit Menuju ke Surga

Takahashi, 5 Menit Menuju ke Surga Kaifa Ihtada 26/4/2010 | 13 Jumadil Awal 1431 H | Hits: 5.908 Oleh: Muhammad Yusuf Efendi dakwatuna.com – Kuringgu… kuringgu …. kuringgu!!! (kring …kring …kring..). Suara telepon rumah Muhammad berbunyi nyaring. Muhammad: Mosi mosi? (Hallo?) Takahashi: Mosi mosi, Muhammad san imasuka ? (Apakah ada Muhammad?) Muhammad: Haik, watashi ha Muhammad des. (Iya saya). Takahashi: Watashi ha isuramu kyo wo benkyou sitai desuga, osiete moraemasenka? (Saya ingin belajar agama Islam, dapatkah Anda mengajarkan kepada saya?) Muhammad: Hai, mochiron. (ya, sudah tentu.) Percakapan pendek ini kemudian berlanjut menjadi pertemuan rutin yang dijadwalkan oleh dua manusia ini untuk belajar dan mengajar agama Islam. Setelah beberapa bulan bersyahadat, Takahashi kian akrab dengan keluarga Muhammad. Dia mulai menghindari makanan haram menurut hukum Islam. Memilih dengan hati-hati dan baik, mana yang boleh di makan dan mana yang tidak boleh dimakan meru

Dan alam terus bertasbih dengan kisah-kisah indah tenang...

Image
Rowardenann Youth Hostel, Loch Lomond, Scotland. 

Semoga akan..

semoga akan lahir cinta utama itu dalam hatimu dan hati aku semoga akan kekal cinta utama itu dalam hatimu dan hati aku semoga cinta itu cinta utama itu menjadi kuasa penggerak pada seluruh urat nadi kita menjadi nyawa kepada nyawa kita larut dalam darah dan terserap dalam setiap inci tulang mewarnai setiap unit sel semoga cinta itu cinta utama itu memurnikan tujuan kehidupan kita yang telah terpesong kerana tujuan hidup orang yang tenggelam dalam cinta utama adalah tujuan hidup yang lebih dari mega alam lebih besar dari keluasan alam jangakuan saintis lebih bermakna dari kejayaan membina empayar lebih benar dari segala ukuran kebenaran dan kehebatan mata manusia membersihkan kekotoran hati yang telah dicemari noda hitam menghidupkan kembali kekuatan yang telah pupus dan direntap kejahilan semoga akan lahir cinta utama itu dalam hatimu dan hati aku semoga akan kekal cinta utama itu dalam hatimu dan hati aku   Inspirasi   : Cinta Pertama by Far E

Andai dia sudah 23 tahun dari 38 tahun? Berapa tahunkah aku?

Setiap manusia punya sejarah sendiri Punya keindahan hidup suka duka Punya kesedihan hidup sebak gembira Punya nilai dan penghayatan tersendiri Ada yang punya kehidupan mulia Ada juga yang terkapai Ada pula yang berganti jalan, kadang jalannya mulia, kadang pula hanyut Setiap manusia tidak sama jalannya Tidak kiralah jalan lurus atau jalan simpang siur Andai sekumpulan manusia melalui jalan lurus Bagi setiapnya  Keindahan dunia yang menggamit di sepanjang jalan  pasti berbeza Bilangan lorong-lorong ke jalan simpang siur juga pasti berbeza Malah jika ada kunjungan ke jalan simpang siur dikala futur juga pasti berbeza Andai sekumpulan manusia melalui jalan simpang siur Bagi setiapnya Keasyikan dunia yang melemaskan pasti berbeza Cengkaman dunia yang merantai hati pasti berbeza Malah perasaan terhadap rantaian itu juga pasti berbeza Mungkin ada yang terkadang ingin bebas, lari dari cengkaman keasyikan yang memakan usia  Dan ada yang berjaya bebas, tetapi ada pula yang kalah kembali Tapi

Teruskan sambil beristighfar!

Teruskan sambil beristighfar! MasyaALLAH indah benar kata ini Jalinan kata yang menggariskan bagaimana riya' , ujub dan takbur dapat ditangani Riya' , ujub dan takbur benar-benar penyakit jiwa yang  mengotori hati Benar-benar mengotori hinggakan kadang-kadang diri sendiri membencinya Benci pada hakikat hati yang mudah tertipu pada bisikan syaitan Benci pada hakikat aku juga tertipu pada makhluk yang pertama yang mencetuskan murka Ilahi di langit syurga Subhanallah Subhanallah Subhanallah Tatkala sukar benar menyelami hati sendiri Apakan lagi hati yang tersembunyi jauh dalam jiwa insan yang lain Subhanallah Subhanallah Subhanallah Kata-kata ini sangat menyentuh jiwa Teruskan sambil beristighfar! Ada pengajaran dan latihan pada jalinan dan ucapannya, kerana... Dengan meneruskan suatu tindakan yang baik yang diniatkan pada ALLAH Tatkala hati diketuk perasaan kurang senang pada kehadiran sifat mazmumah Tatkala kerisauan memuncak pada mungkinnya bertapak

WHAT DID I DO TODAY?

Image
by Dawud Wharsnby Oh the moon has come The day is done The night has covered up the sun. I have stood so often before you to pray But I wonder Allah, tell me, what did I do today? Did I remember the words of Al-Fatiha? Did I take time to thank you for all that I have? Did I call on you to guide my way? Tell me, what did I do today? I has whispered to you As I made ruku Subhana Rabiy'yal adheem. But was my faith Bright or grey? Oh Allah, tell me, what did I do today? Did I smile at my brother? Was I kind to my mother? Did I teach another something that I know Or did my love of this world lead me astray? Tell me, what did I do today? Sami Allah hu liman hamida Rabanna lakal hamd. Sami Allah hu liman hamida Rabanna lakal hamd. La illaha il Allah. La illaha il Allah. Though I've bowed to you with my face in the dust, subhana raby'yal a'la Did I turn to you And did I obey? Oh Allah, tell me, what did I do today? Did I use my min

Muhasabah Cinta dan Syukur

Image
  muhasabah buat diri andai ALLAH telah mengatakan ini nikmat-nikmat ini diberikan pada siapa yang dikehendaki...dan aku termasuk dalam orang yang dikehendaki itu, maka pasti ada hikmah dan sesuatu yang ingin Dia ajarkan, tunjukkan dan tanamkan dalam jiwaku (dan jiwa kamu) kerana Dia mengatakan bahawa tidak diciptakan langit dan bumi dan segala di antara keduanya melainkan dengan tujuan yang benar dan dalam waktu yang ditentukan (Al-Ahqaf 46:3) dan untuk insan lain pasti ada nikmat lain yang istimewa ALLAH berikan pada kamu dan tidak pada aku, dengan cara itu sebagai mana kamu menerimanya dan pada saat itu di mana yang lain tidak mendapatnya..kerana ALLAH tahu apa yang terbaik buat setiap hambanya dan apa diperlukan oleh hambanya walaupun pada saat memperolehnya mungkin sahaja kita tidak mengerti... ingatlah bahawa nikmat yang telah dikurniakanNya sangatlah banyak...(Al-Kautsar 108:1)
"Adapun orang mukmin itu, sangat hebat cintanya kepada Allah.." (2:165)

Ayuh segarkan iman di pagi Khamis!

Image
Organised by IluvWarwick incollaboration with Light of Faith : 

DOA yang MENOLAK zina???

Image
“Ustaz, di manakah saya boleh mencari kekuatan untuk menolak zina?” seorang anak muda bertanya kepada saya. “Carilah ia di dalam Solat. Di dalam doa” saya membalas email yang dikirimnya. Anak muda itu terasa hampa. Barangkali beliau kecewa kerana saya memberitahunya apa yang dia sudah tahu. Solat. Doa. Sudah berapa kali dia bersolat dan berdoa, tetapi kekuatan yang dicari tidak pernah ada. Seperti Allah tidak menjawab permintaannya. Solat yang hampa. Doa yang terbang dibawa angin masa. Bukankah Allah Subhanahu wa Ta’aala sendiri memberi jaminan bahawa Solat itu mencegah manusia daripada kemungkaran, terutamanya zina? Itu yang disebut di dalam al-Quran: “Bacalah serta ikutlah akan apa yang diwahyukan kepadamu daripada Al-Quran, dan dirikanlah Solat. Sesungguhnya Solat  itu mencegah daripada perbuatan yang Fahsya’ dan mungkar; dan Sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar. Dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan”  [Al-Ankabut 29: 45] Allah tidak pernah memungk